Loading...

Tourism Malaysia Lancar Misi Jualan Ke Indonesia & Kempen MotoGP Sepang 2023

Loading...
Tourism Malaysia Lancar Misi Jualan Ke Indonesia & Kempen MotoGP Sepang 2023 - Hallo sahabat MALAYSIA DALAM MAKLUMAT, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tourism Malaysia Lancar Misi Jualan Ke Indonesia & Kempen MotoGP Sepang 2023, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel info baru, Artikel kesihatan, Artikel politik, Artikel sosial, Artikel sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tourism Malaysia Lancar Misi Jualan Ke Indonesia & Kempen MotoGP Sepang 2023
link : Tourism Malaysia Lancar Misi Jualan Ke Indonesia & Kempen MotoGP Sepang 2023

Baca juga


Tourism Malaysia Lancar Misi Jualan Ke Indonesia & Kempen MotoGP Sepang 2023

 


JAKARTA, 2 Ogos 2023 - Tourism Malaysia hari ini melancarkan misi jualan ke Indonesia secara rasmi dengan menjelajah ke tiga bandar utama iaitu Jakarta, Medan dan Balikpapan bagi meningkatkan promosi produk dan pakej pelancongan terkini dengan mempertemukan pemain industri pelancongan Malaysia dan Indonesia dalam sesi perniagaan ke perniagaan (B2B).

Bermula 30 Julai sehingga 5 Ogos 2023, Tourism Malaysia akan memulakan misi jualan dengan kerjasama Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) dan turut disertai oleh Sarawak Tourism Board, Malaysia Healthcare Travel Council (MHTC), Sepang International Circuit (SIC), wakil syarikat Malaysia My Second Home (MM2H), Pertubuhan Pengusaha Homestay Malaysia, 15 syarikat pelancongan, 3 pengusaha produk, 6 pengusaha hotel serta syarikat penerbangan Batik Air.

Misi jualan ke Jakarta menyaksikan pelancaran Kempen MotoGP Sepang menerusi penjualan pakej pelancongan bagi menonton aksi sukan pemotoran tersebut di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), hasil kolaborasi Tourism Malaysia bersama ejen TX Travel. Penjualan pakej tersebut juga boleh didapati di kesemua cawangan kedai serbaneka Indomaret termasuk secara dalam talian menerusi portal Blibli.com 

Turut dilancarkan di Jakarta ialah penjualan pakej pelancongan untuk Kempen MotoGP Sepang bagi menonton aksi sukan pemotoran tersebut di Litar Antarabangsa Sepang, hasil kolaborasi antara Tourism Malaysia bersama TX Travel. Penjualan pakej tersebut juga boleh didapati di kesemua cawangan kedai serbaneka Indomaret termasuk secara dalam talian melalui portal Blibli.com .

Harga pakej MotoGP Sepang yang ditawarkan bermula RM1,717 (IDR5,900,000) untuk tempoh perjalanan selama dua hari satu malam (2H1M) atau RM2,328 (IDR7,200,000) untuk 4H3M. Tahun lalu, TX Travel yang merupakan rakan kerjasama Tourism Malaysia sejak 2018, berjaya menjual 1,500 pakej pelancongan sukan permotoran tersebut kepada peminat Indonesia.

Selain sesi B2B, pengisian misi jualan ke Indonesia antara lain melibatkan penganjuran program networking termasuk majlis makan malam yang turut dihadiri oleh tetamu kehormat dari wakil pemerintah dan persatuan pelancongan Indonesia seperti Asiosasi Travel Agen Indonesia (ASTINDO), Asiosasi Perusahaan Perjalanan Wisata Indonesia (ASITA) serta Asiosasi Pelaku Pariwisata Indonesia (ASPPI).

Misi jualan pelancongan ke Indonesia bermula di Balikpapan sebelum delegasi Malaysia bertolak ke Jakarta dan disusuli dengan pertemuan bersama penggiat industri di Medan.

Dato’ Dr. Ammar Abd Ghapar, Ketua Pengarah Tourism Malaysia menyifatkan misi jualan tersebut amat signifikan dan menyatakan bahawa Indonesia kekal sebagai salah sebuah pasaran yang penting untuk sektor pelancongan di Malaysia, justeru mengharapkan kemudahsampaian dan kapasiti penerbangan antara kedua-dua negara dapat dipertingkatkan.

“Pada tahun 2022, Malaysia mencatatkan ketibaan sebanyak 1.481 juta pelancong dari Indonesia dan angka tersebut merupakan yang kedua tertinggi selepas Singapura. Kedudukan ini dilihat terus konsisten dengan ketibaan 704,147 pelancong Indonesia yang direkodkan pada suku pertama tahun ini,” katanya.


-Tourism Malaysia.


Demikianlah Artikel Tourism Malaysia Lancar Misi Jualan Ke Indonesia & Kempen MotoGP Sepang 2023

Sekianlah artikel Tourism Malaysia Lancar Misi Jualan Ke Indonesia & Kempen MotoGP Sepang 2023 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tourism Malaysia Lancar Misi Jualan Ke Indonesia & Kempen MotoGP Sepang 2023 dengan alamat link https://malaysiadalammaklumat.blogspot.com/2023/08/tourism-malaysia-lancar-misi-jualan-ke.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Tourism Malaysia Lancar Misi Jualan Ke Indonesia & Kempen MotoGP Sepang 2023"

Catat Ulasan

Loading...