Judul : Taman Rahsia Perlis seperti ‘alam fantasi’
link : Taman Rahsia Perlis seperti ‘alam fantasi’
Taman Rahsia Perlis seperti ‘alam fantasi’
PADANG BESAR: Sebaik sahaja kaki melangkah keluar dari pintu Gua Kelam sejauh 370 meter, pengunjung pastinya terpegun melihat sebuah taman yang cukup indah seolah-olah seperti berada di ‘alam fantasi’ atau ‘kayangan’.
Disitulah terletak Taman Rahsia Perlis atau Secret Garden yang kedudukannya di tengah hutan belantara dengan mengalir sungai di tengahnya untuk berekreasi selain lanskapnya yang mempesona dengan pemandangan alam semula jadi seperti bukit-bukau, sungai yang mengalir tenang dan tumbuhan indah.
Taman tersebut diselenggara dengan cukup rapi dan cantik sebagai nilai tambah di Gua Kelam yang merupakan salah satu lokasi pelancongan popular di negeri ini.
Taman yang indah itu bukan fantasi, sebaliknya ia memang wujud di tengah belantara. Itulah keunikan Taman Rahsia Perlis atau ‘Secret Garden of Perlis’ yang terletak dalam kawasan paling hujung Taman Rekreasi Gua Kelam itu.
Kebelakangan ini, lokasi berkenaan mula tular di media-media sosial sekali gus kembali menjadi tumpuan pengunjung ke situ dan difahamkan sempena cuti Tahun Baharu Cina, Gua Kelam diserbu pelancong dari seluruh negara.
Seorang pengunjung dari Jitra, Kedah, Siti Norliayana Rozi, 32, berkata, pemandangan dan suasana di taman berkenaan cukup memukau seolah-olah berada di kayangan
Katanya, cukup berbaloi menelusuri Gua Kelam seterusnya menikmati keindahan taman berkenaan yang terletak di kawasan paling hujung lokasi pelancongan tersebut.
Ujarnya, di hadapan taman berkenaan, terdapat sungai yang mengalir tenang dengan airnya cukup jernih di bawah rimbunan pokok yang menjadi tumpuan aktiviti riadah.
“Taman berkenaan tular di media sosial dan melihat taman tersebut membuatkan kami tertarik untuk berkunjung ke sini. Ternyata taman tersebut sangat indah dan membuatkan kami menikmati suasana cukup mendamaikan.
“Tumbuhan dan bunga yang terdapat di situ juga cukup cantik dan unik. Di Perlis sejak akhir-akhirnya mula menjadi tarikan pelancong yang ingin menikmati keindahan alam semula jadi,” katanya.
Seorang lagi pengunjung yang hanya ingin dikenali sebagai Chuah, 63, dari Kulim, Kedah, berkata, dia mengambil kesempatan berkunjung di lokasi-lokasi indah di Perlis termasuk Gua Kelam yang menyajikan pemandangan indah.
“Malah, taman yang terdapat di hujung pintu gua tersebut juga sangat cantik yang memberi 1,001 ketenangan dan kedamaian,” katanya.
-utusan online.
Demikianlah Artikel Taman Rahsia Perlis seperti ‘alam fantasi’
Anda sekarang membaca artikel Taman Rahsia Perlis seperti ‘alam fantasi’ dengan alamat link https://malaysiadalammaklumat.blogspot.com/2023/01/taman-rahsia-perlis-seperti-alam-fantasi.html
0 Response to "Taman Rahsia Perlis seperti ‘alam fantasi’"
Catat Ulasan