Loading...

Kawasan pelancongan, pendakian di Dabong kembali beroperasi 1 Februari

Loading...
Kawasan pelancongan, pendakian di Dabong kembali beroperasi 1 Februari - Hallo sahabat MALAYSIA DALAM MAKLUMAT, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kawasan pelancongan, pendakian di Dabong kembali beroperasi 1 Februari, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel info baru, Artikel kesihatan, Artikel politik, Artikel sosial, Artikel sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kawasan pelancongan, pendakian di Dabong kembali beroperasi 1 Februari
link : Kawasan pelancongan, pendakian di Dabong kembali beroperasi 1 Februari

Baca juga


Kawasan pelancongan, pendakian di Dabong kembali beroperasi 1 Februari

 

Mohd. Hariff Ghazali (dua dari kiri) merasmikan Sesi Libat Urus bersama Agensi dan Jabatan Kerajaan serta Penggiat Pelancongan Dabong Tahun 2023 di Pejabat MDD, Kuala Krai, Kelantan
hari ini-UTUSAN/ROSMIZAN RESDI

KUALA KRAI: Lokasi pelancongan dan pendakian di Dabong dekat sini akan kembali beroperasi pada 1 Februari ini selepas ditutup beberapa bulan semasa Monsun Timur Laut (MTL).

Yang Dipertua Majlis Daerah Dabong, Mohd. Hariff Ghazali berkata, pembukaan semula itu kawasan rekreasi itu melibatkan kawasan di kompleks Gua Ikan, Lata Kertas, Sungai Kenerong dan beberapa pusat pelancongan lain.

Menurutnya, pembukaan lokasi-lokasi pelancongan itu dilihat mampu meningkatkan semula kehadiran pelancong di Dabong sekali gus mencapai sasaran seramai 100,000 pelancong sepanjang tahun ini.

“Dabong menerima hampir 80,000 pengunjung pada bulan Mac hingga November tahun lalu.

“Sehubungan itu, kita yakin kawasan pelancongan di Dabong akan terus berkembang memandangkan jenama ‘Train To Dabong’ sudah dikenali dan menjadi fenomena penting untuk ekopelancongan negeri,” katanya selepas Sesi Libat Urus Bersama Agensi, Jabatan Kerajaan Dan Penggiat Pelancongan Dabong Tahun 2023 di Pejabat MDD di sini hari ini.

Mohd. Hariff memberitahu, pihaknya sedang dalam usaha untuk memperkemaskan tahap keselamatan di semua lokasi-lokasi pelancongan di bawah pentadbiran MDD.

Katanya, kekurangan fasiliti terutamanya pagar  di lokasi-lokasi tumpuan menyukarkan MDD untuk melaksanakan kawalan keselamatan.

“Kita bimbang sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini kerana tidak mempunyai data yang lebih terperinci mengenai kemasukan pelancong di sesuatu lokasi.

“Selain itu, MDD juga mahu meningkatkan kemudahan di lokasi-lokasi pelancongan di Dabong dalam usaha kawasan Gua Ikan menjadi lokasi tumpuan pelancong seperti Gua Tempurung di Gopeng, Perak,” ujarnya.

-utusan online.



Demikianlah Artikel Kawasan pelancongan, pendakian di Dabong kembali beroperasi 1 Februari

Sekianlah artikel Kawasan pelancongan, pendakian di Dabong kembali beroperasi 1 Februari kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kawasan pelancongan, pendakian di Dabong kembali beroperasi 1 Februari dengan alamat link https://malaysiadalammaklumat.blogspot.com/2023/01/kawasan-pelancongan-pendakian-di-dabong.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Kawasan pelancongan, pendakian di Dabong kembali beroperasi 1 Februari"

Catat Ulasan

Loading...