Loading...

Turunkan cukai taman tema kepada 10 peratus

Loading...
Turunkan cukai taman tema kepada 10 peratus - Hallo sahabat MALAYSIA DALAM MAKLUMAT, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Turunkan cukai taman tema kepada 10 peratus, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel info baru, Artikel kesihatan, Artikel politik, Artikel sosial, Artikel sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Turunkan cukai taman tema kepada 10 peratus
link : Turunkan cukai taman tema kepada 10 peratus

Baca juga


Turunkan cukai taman tema kepada 10 peratus

 


PETALING JAYA: Kerajaan disaran menurunkan kadar cukai taman tema kepada 10 peratus bagi membantu merancakkan kembali sektor pelancongan domestik dan antarabangsa.

Ahli Dewan Negara, Mohd. Hisamuddin Yahaya berkata, kadar yang dikenakan terhadap premis itu ketika ini ialah sebanyak 25 peratus, iaitu sama dengan cukai kelab malam.

“Saya ingin bertanya kepada menteri mengapakah cukai taman tema dikenakan sebanyak 25 peratus, sedangkan taman tema merupakan tempat riadah bersama keluarga. Oleh itu, saya mencadangkan agar cukai yang dikenakan hanya 10 peratus sahaja,” katanya di Dewan Negara hari ini.

Cukai pelancongan adalah cukai Persekutuan yang dikenakan terhadap pelancong asing yang menginap di premis penginapan berbayar di seluruh Malaysia dengan kadar RM10 sebilik/semalam.

Langkah itu selaras usaha kerajaan dalam memacu sektor pelancongan dan kebudayaan sebagai pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi negara.

Sementara itu, Mohd. Hisamuddin menyentuh mengenai hasil kutipan cukai pelancongan setakat ini sejak dilancarkan pada 2017 dan jumlah agihan kepada negeri-negeri.

Beliau sekali gus mencadangkan agar 50 peratus daripada hasil kutipan cukai pelancongan itu  diagih kembali kepada setiap negeri.

“Pindaan Rang Undang-undang (RUU) Cukai Pelancongan 2017 memudahkan kementerian melaksanakan perubahan mengikut kehendak semasa demi memastikan industri pelancongan terus mantap.

“Contohnya, jika ingin menarik lebih ramai pelancong, kementerian boleh menurunkan cukai sekali gus menjadikan Malaysia sebagai tumpuan kerana tawaran pakej yang lebih murah dan dalam masa sama memberi pulangan kepada industri kecil sederhana (IKS) serta makro-ekonomi,” katanya.

-utusan online.



Demikianlah Artikel Turunkan cukai taman tema kepada 10 peratus

Sekianlah artikel Turunkan cukai taman tema kepada 10 peratus kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Turunkan cukai taman tema kepada 10 peratus dengan alamat link https://malaysiadalammaklumat.blogspot.com/2022/08/turunkan-cukai-taman-tema-kepada-10.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Turunkan cukai taman tema kepada 10 peratus"

Catat Ulasan

Loading...