Loading...

Kraftangan Malaysia giat promosi kempen ‘Ini Batik Malaysia’

Loading...
Kraftangan Malaysia giat promosi kempen ‘Ini Batik Malaysia’ - Hallo sahabat MALAYSIA DALAM MAKLUMAT, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kraftangan Malaysia giat promosi kempen ‘Ini Batik Malaysia’, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel info baru, Artikel kesihatan, Artikel politik, Artikel sosial, Artikel sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kraftangan Malaysia giat promosi kempen ‘Ini Batik Malaysia’
link : Kraftangan Malaysia giat promosi kempen ‘Ini Batik Malaysia’

Baca juga


Kraftangan Malaysia giat promosi kempen ‘Ini Batik Malaysia’

 

KOLEKSI Batik Malaysia diperagakan sempena kempen ‘Ini Batik Malaysia’ pada Pameran Pertanian Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2022 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di sini, kelmarin. – UTUSAN/FARIZ RUSADIO



SERDANG: Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (Kraftangan Malaysia) kini giat merancang pelbagai program dan aktiviti bagi merancakkan kempen ‘Ini Batik Malaysia’ dan sambutan Hari Batik Malaysia yang bakal disambut pada 3 Disember depan.

Ketua Pengarahnya, ‘Ainu Sham Ramli berkata, antara pengisian kempen termasuk peragaan fesyen dan jualan Batik Malaysia sempena Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan (MAHA) 2022.

Beliau berkata, peragaan Fesyen Batik Malaysia sempena MAHA 2022 menampilkan 48 pasang pakaian Batik Malaysia terdiri daripada koleksi Batik Cetakan Kreatif (Ecoprint), Batik Clay, Batik Linut, Batik Terap dan juga Batik Lukis.

“Koleksi-koleksi ini diperagakan dengan rekaan pakaian batik yang memenuhi cita rasa fesyen terkini.

“Peragaan Fesyen Batik Malaysia ini mengetengahkan batik alternatif menggunakan teknik halangan warna ke atas fabrik seperti Batik Cetakan Kreatif (Ecoprint), Batik Clay dan Batik Linut.

“Turut diperagakan Batik Terap (Blok) dan Batik Lukis (Canting) yang bermotifkan identiti seni dan budaya masyarakat Malaysia manakala, batik Cetakan Kreatif (Ecoprint) pula menampilkan reka corak secara semulajadi daripada daun dan bunga.

“Selain itu, Batik Clay (tanah liat) dan Batik Linut (kanji sagu) adalah hasil projek kajian inovasi menggunakan bahan semulajadi sebagai bahan penghalang warna dalam penghasilan reka corak batik,” katanya ketika ditemui pada MAHA 2022 baru-baru ini.

Katanya, produk Batik Malaysia itu kini boleh didapati melalui platform pemasaran digital MYCRAFTSHOPPE, media sosial di Facebook E-Kraf Bazar dan portal KARYANEKA iaitu www.karyaneka.com.my.

Selain itu, katanya, produk itu juga boleh diperolehi di 10 outlet Karyaneka termasuk di Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Muzium Negara, Parlimen, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

‘Ainu Sham berkata, beliau berharap agar kempen ‘Ini Batik Malaysia’, dapat memberi kesedaran, pengetahuan dan menyemai jati diri identiti Keluarga Malaysia menerusi pemakaian Batik Malaysia.

Menurutnya, usaha ini juga mampu melonjakkan permintaan terhadap produk kraf batik sekali gus meningkatkan pendapatan usahawan dan komuniti kraf.

“Kempen ‘Ini Batik Malaysia’ yang bermula pada 1 Julai 2022 adalah inisiatif Kraftangan Malaysia dalam memartabatkan industri kraf batik tempatan.

“Kraftangan Malaysia sentiasa mempergiat usaha untuk membantu usahawan dan komuniti kraf dalam meningkat pengeluaran serta memperluaskan pasaran produk kraf tempatan secara lebih efektif mengikut arus perdana,” katanya.

-utusan online.



Demikianlah Artikel Kraftangan Malaysia giat promosi kempen ‘Ini Batik Malaysia’

Sekianlah artikel Kraftangan Malaysia giat promosi kempen ‘Ini Batik Malaysia’ kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kraftangan Malaysia giat promosi kempen ‘Ini Batik Malaysia’ dengan alamat link https://malaysiadalammaklumat.blogspot.com/2022/08/kraftangan-malaysia-giat-promosi-kempen.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Kraftangan Malaysia giat promosi kempen ‘Ini Batik Malaysia’"

Catat Ulasan

Loading...