Loading...

Sebat Di Tempat Dilaksanakan Selepas Enakmen Diwartakan

Loading...
Sebat Di Tempat Dilaksanakan Selepas Enakmen Diwartakan - Hallo sahabat MALAYSIA DALAM MAKLUMAT, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Sebat Di Tempat Dilaksanakan Selepas Enakmen Diwartakan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel info baru, Artikel kesihatan, Artikel politik, Artikel sosial, Artikel sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Sebat Di Tempat Dilaksanakan Selepas Enakmen Diwartakan
link : Sebat Di Tempat Dilaksanakan Selepas Enakmen Diwartakan

Baca juga


Sebat Di Tempat Dilaksanakan Selepas Enakmen Diwartakan



Gambar : SINAR HARIAN

KOTA BHARU - Hukuman sebat di tempat umum bagi negeri Kelantan akan dilaksanakan selepas Rang Undang-Undang (RUU) Enakmen Tatacara Jenayah Syariah 2002 (Pindaan 2017) diwartakan.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud berkata, kerajaan negeri akan mengadakan mesyuarat khusus bagi membincangkan tempat-tempat strategik bagi menjalankan hukuman itu.

"Secara peribadi saya berpendapat tempat umum seperti di dewan, di luar mahkamah atau hadapan masjid boleh digunakan untuk menjalankan hukuman itu, namun kita akan bermesyuarat untuk memperhalusi perkara berkenaan," katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini, hari ini.

Semalam, Persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan meluluskan RUU Enakmen Tatacara Jenayah Syariah 2002 (Pindaan 2017) yang antara lainnya membolehkan hukuman sebat dijalankan di khalayak ramai.

Mohd Nassuruddin berkata, selain rotan, perkara lain yang ditambah baik dalam enakmen itu termasuklah penambahan peruntukan berkaitan khidmat komuniti sebagai hukuman alternatif, yang bersifat mendidik serta membenarkan penggunaan gari dalam penguatkuasaan terhadap suspek.

"Hukuman rotan dalam Islam ini bukan bertujuan untuk mendera tapi lebih kepada mendidik pesalah," katanya.

Kerajaan Negeri Kelantan, katanya kekal dengan keputusan untuk melaksanakan hukuman itu kepada orang Islam sahaja kerana ia hanya membabitkan undang-undang Mahkamah Syariah Kelantan dan tidak terpakai kepada orang bukan Islam. - Bernama

Sumber : SINAR HARIAN


Demikianlah Artikel Sebat Di Tempat Dilaksanakan Selepas Enakmen Diwartakan

Sekianlah artikel Sebat Di Tempat Dilaksanakan Selepas Enakmen Diwartakan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Sebat Di Tempat Dilaksanakan Selepas Enakmen Diwartakan dengan alamat link https://malaysiadalammaklumat.blogspot.com/2017/07/sebat-di-tempat-dilaksanakan-selepas.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Sebat Di Tempat Dilaksanakan Selepas Enakmen Diwartakan"

Catat Ulasan

Loading...