Loading...

Alfredo Nafi Bertekak Dengan Zahasmi, Respon Zahasmi Kenapa Duduk Tempat Penyokong

Loading...
Alfredo Nafi Bertekak Dengan Zahasmi, Respon Zahasmi Kenapa Duduk Tempat Penyokong - Hallo sahabat MALAYSIA DALAM MAKLUMAT, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Alfredo Nafi Bertekak Dengan Zahasmi, Respon Zahasmi Kenapa Duduk Tempat Penyokong, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel info baru, Artikel kesihatan, Artikel politik, Artikel sosial, Artikel sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Alfredo Nafi Bertekak Dengan Zahasmi, Respon Zahasmi Kenapa Duduk Tempat Penyokong
link : Alfredo Nafi Bertekak Dengan Zahasmi, Respon Zahasmi Kenapa Duduk Tempat Penyokong

Baca juga


Alfredo Nafi Bertekak Dengan Zahasmi, Respon Zahasmi Kenapa Duduk Tempat Penyokong


PENGARAH Teknikal pasukan bola sepak Kelantan, Alfredo Carlos Gonzales memaklumkan beliau tidak ada masalah dengan Ketua Jurulatih, Zahasmi Ismail.
Beliau berkata, dakwaan yang dilemparkan (peminat) berhubung hubungannya dengan Zahasmi adalah tidak betul kerana mereka dapat bekerjasama dengan baik dan saling membantu dalam menguruskan pasukan itu.
Katanya, dakwaan berkenaan dianggap sebagai satu cabaran yang perlu dihadapi.
"Kami bekerja sebagai satu pasukan dan Zahasmi banyak membantu saya mengenali pemain dengan lebih dekat selain menguruskan persiapan pasukan dengan baik.
"Kami cuba buat yang terbaik bagi memastikan pasukan mampu bangkit dalam menghadapi saingan seterusnya," katanya dalam sidang media di MZ Cafe, Kota Bharu, hari ini.
Katanya, susulan rentetan kekalahan dihadapi pasukan Kelantan pihaknya masih berusaha mencari ramuan terbaik menyiapkan pasukan.
Menurutnya, dia berharap penyokong memberi sokongan padu kepada pasukan di saat ini.
"Saya masih belum menekan butang panik dan berharap pemain dapat bermain dengan sepenuh hati dan memahami taktikal yang diterapkan.
"Kekalahan demi kekalahan yang dihadapi bukanlah perkara yang mengejutkan dan pasukan masih mencari keserasian terutama selepas pemergian beberapa pemain penting ke pasukan lain," katanya.

Ketika diminta mengulas mengenai gambarnya yang duduk di tempat penonton ketika bertemu T-Team di Stadium Nasiruddin Shah, Terengganu yang tular, beliau berkata, ia adalah atas kerelaannya sendiri.
Katanya, dia mahu memantau perlawanan daripada sudut yang lebih luas bagi mengenal pasti kelemahan pasukan.
"Sebelum ini tugas itu dipangku penolong jurulatih Sidek Shamsudin, tetapi disebabkan beberapa perkara dia tidak dapat melaksanakan tugasannya itu," katanya.
Gambar Zahasmi yang duduk di tempat penyokong sebelum ini tular sehingga menimbulkan pelbagai persepsi dalam kalangan penyokong bola sepak negeri itu.

Sumber : METRO


Demikianlah Artikel Alfredo Nafi Bertekak Dengan Zahasmi, Respon Zahasmi Kenapa Duduk Tempat Penyokong

Sekianlah artikel Alfredo Nafi Bertekak Dengan Zahasmi, Respon Zahasmi Kenapa Duduk Tempat Penyokong kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Alfredo Nafi Bertekak Dengan Zahasmi, Respon Zahasmi Kenapa Duduk Tempat Penyokong dengan alamat link https://malaysiadalammaklumat.blogspot.com/2017/07/alfredo-nafi-bertekak-dengan-zahasmi.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Alfredo Nafi Bertekak Dengan Zahasmi, Respon Zahasmi Kenapa Duduk Tempat Penyokong"

Catat Ulasan

Loading...