Loading...

“Untuk apa ada bakat jika perangai macam itu" - Bekas Pemain Kebangsaan

Loading...
“Untuk apa ada bakat jika perangai macam itu" - Bekas Pemain Kebangsaan - Hallo sahabat MALAYSIA DALAM MAKLUMAT, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul “Untuk apa ada bakat jika perangai macam itu" - Bekas Pemain Kebangsaan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel info baru, Artikel kesihatan, Artikel politik, Artikel sosial, Artikel sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : “Untuk apa ada bakat jika perangai macam itu" - Bekas Pemain Kebangsaan
link : “Untuk apa ada bakat jika perangai macam itu" - Bekas Pemain Kebangsaan

Baca juga


“Untuk apa ada bakat jika perangai macam itu" - Bekas Pemain Kebangsaan


Kuala Lumpur: Tak pernah serik.
Itu ungkapan sesuai buat pemain tengah Johor Darul Ta’zim (Johor DT) Muhamad Nazmi Faiz Mansor (gambar) yang digantung satu perlawanan dan denda RM3,000 oleh Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) kerana bertindak kasar ketika aksi suku akhir kedua Piala FA.
Jika melihat kepada tindakan pemain berusia 22 tahun itu yang sengaja menyepak pemain import Pahang Matheus Alves pada aksi di Larkin, mungkin hukuman lebih berat seharusnya diberikan.
Ini kerana, ia bukan kali pertama pemain yang dilabel ‘wonderkid’ satu ketika dulu dan pernah mengikat kontrak bersama kelab Portugal SC Beira-Mar itu terbabit dengan insiden salah laku di padang.
Nazmi pernah digantung enam perlawanan kerana meludah pemain Kelantan ketika mewakili Selangor pada September 2015 dan itu insiden kedua kerana dia pernah melakukan kesalahan sama kerana meludah pemain Timor Leste Filipe Oliveira dalam saingan Sukan SEA Singapura sebelum itu.
Malah pemain muda berbakat ini juga pernah menumbuk pemain Qatar dalam aksi persahabatan antarabangsa bersama skuad B-22 pada 2012 selain kekasaran yang sama ke atas pemain tengah PDRM Andrezinho pada April 2016.
Nazmi mungkin boleh menarik sedikit nafas lega kerana tindakannya tidak mahu bersalaman dengan pemain Pahang selepas perlawanan Piala FA itu hanya diberikan amaran Jawatankuasa Tatatertib FAM.
Bagaimanapun bekas pemain kebangsaan Bakri Ibni mengingatkan pemain muda itu supaya memperbaiki diri sebagai pemain.
“Untuk apa ada bakat jika perangai macam itu, walaupun Nazmi masih muda, dia sepatutnya sudah banyak belajar.
“Tapi kita tidak boleh meletakkan kesalahan kepada dirinya saja, faktor sekeliling juga boleh menyumbang kepada karektor pemain sama ada jurulatih, penyokong malah pengadil juga boleh memberi nasihat kepada pemain muda itu ketika di padang.
“Mungkin salah kita juga yang memuja dan memanjakan pemain secara berlebihan sehingga ada besar kepala. Bola sepak membabitkan semangat kesukanan, kalau kita tiada hormat kepada pemain lain, ia bukan saja memberi imej buruk kepada individu itu, malah Malaysia,’’ katanya kepada Arena Metro.
Selain Nazmi, empat lagi pemain Liga Super turut digantung satu perlawanan dan dikenakan denda RM3,000 atas kesalahan melakukan terjahan keras mengikut peruntukan dalam Artikel 81 badan induk itu.
Mereka ialah rakan sepasukan Nazmi, Afiq Fazail dan pemain Pahang Mohamadou Sumareh yang turut melakukan kesalahan ketika pertemuan kedua-dua pasukan dalam saingan Piala FA itu.
Pemain Kedah Mohd Rizal Ghazali yang sudah digantung automatik akibat menerima kad merah pada aksi bertemu T-Team, 15 April lalu, dikenakan tambahan penggantungan satu perlawanan manakala pemain T-Team, Mohd Fakhrurazi Musa digantung dua perlawanan akibat mengumpul tiga kad kuning.

Sumber : METRO


Demikianlah Artikel “Untuk apa ada bakat jika perangai macam itu" - Bekas Pemain Kebangsaan

Sekianlah artikel “Untuk apa ada bakat jika perangai macam itu" - Bekas Pemain Kebangsaan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel “Untuk apa ada bakat jika perangai macam itu" - Bekas Pemain Kebangsaan dengan alamat link https://malaysiadalammaklumat.blogspot.com/2017/04/untuk-apa-ada-bakat-jika-perangai-macam.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "“Untuk apa ada bakat jika perangai macam itu" - Bekas Pemain Kebangsaan"

Catat Ulasan

Loading...