Loading...

Respon Dollah Salleh hairan Sumareh mangsa kena tendang dihukum FAM tanpa sebarang penjelasan

Loading...
Respon Dollah Salleh hairan Sumareh mangsa kena tendang dihukum FAM tanpa sebarang penjelasan - Hallo sahabat MALAYSIA DALAM MAKLUMAT, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Respon Dollah Salleh hairan Sumareh mangsa kena tendang dihukum FAM tanpa sebarang penjelasan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel info baru, Artikel kesihatan, Artikel politik, Artikel sosial, Artikel sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Respon Dollah Salleh hairan Sumareh mangsa kena tendang dihukum FAM tanpa sebarang penjelasan
link : Respon Dollah Salleh hairan Sumareh mangsa kena tendang dihukum FAM tanpa sebarang penjelasan

Baca juga


Respon Dollah Salleh hairan Sumareh mangsa kena tendang dihukum FAM tanpa sebarang penjelasan


KUANTAN: Dollah Salleh mempertikaikan keputusan gantung satu perlawanan dan denda RM3,000 ke atas penyerang import Pahang, Mohamaodu Sumareh dan menganggapnya sebagai tidak logik serta tidak sepatutnya berlaku.

Ketua Jurulatih skuad Tok Gajah ini berkata, pemain import skuad Tok Gajah dari Gambia itu tidak melakukan kesalahan, sebaliknya Sumareh menjadi mangsa apabila diterjah pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam aksi suku akhir kedua Piala FA.

"Apa sebab, punca dan kenapa? Saya tidak faham apa punca dikenakan tindakan pengantungan kepada Sumareh.

"Tengok tayangan video perlawanan, pengadil perlawanan tidak melayangkan kad, tahu-tahu sahaja dia kena (tindakan) sedangkan dia yang kena terjah. Tapi dia pula digantung.
"Saya tak faham tindakan yang diambil kerana dia adalah mangsa, namun dikenakan tindakan," katanya.

"Ini satu penganiayaan kepada Sumareh, saya tidak tahu apa kesalahan dilakukan dan punca dia (Sumareh) dikenakan tindakan itu.

"Jika tengok semula video (perlawanan), pengadil bertugas tidak melayangkan kad tapi Jawatankuasa Tatetertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pula yang jatuhkan hukuman.

"Sudah macam cerita dongeng, orang yang tidak bersalah kena hukum, saya tidak puas hati dengan hukuman ini," katanya ketika sidang media selepas perlawanan Liga Super antara Pahang dan FELDA United di Stadium Darul Makmur, malam tadi. Dalam perlawanan itu, Pahang mencatat keputusan seri 1-1.

Ketika ditanya kemungkinan pihaknya akan meminta penjelasan daripada FAM, Dollah berkata, sepatutnya FAM yang memberi penjelasan.

"Buat apa kita minta (penjelasan), sepatutnya mereka (FAM) yang jelaskan kepada kita sebelum buat keputusan. "Apa yang kita persoalkan, kenapa orang yang tidak bersalah dihukum, mangsa (Sumareh) kena hukum dan dipersalahkan," katanya.

Sumareh digantung untuk perlawanan separuh akhir pertama Piala FA apabila Pahang menentang Negeri Sembilan Ahad ini.
Sumareh dilihat melakukan terjahan ke atas pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) Afif Fazail pada perlawanan suku akhir Piala FA, Ahad lalu.


Sumber : BERITA HARIAN & HMETRO


Demikianlah Artikel Respon Dollah Salleh hairan Sumareh mangsa kena tendang dihukum FAM tanpa sebarang penjelasan

Sekianlah artikel Respon Dollah Salleh hairan Sumareh mangsa kena tendang dihukum FAM tanpa sebarang penjelasan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Respon Dollah Salleh hairan Sumareh mangsa kena tendang dihukum FAM tanpa sebarang penjelasan dengan alamat link https://malaysiadalammaklumat.blogspot.com/2017/04/respon-dollah-salleh-hairan-sumareh.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Respon Dollah Salleh hairan Sumareh mangsa kena tendang dihukum FAM tanpa sebarang penjelasan"

Catat Ulasan

Loading...