Loading...
Judul : Lirindon ke JDT tidak benar sama sekali - SU KFA Datuk Aminuddin
link : Lirindon ke JDT tidak benar sama sekali - SU KFA Datuk Aminuddin
Lirindon ke JDT tidak benar sama sekali - SU KFA Datuk Aminuddin
ISU demi isu kini menghimpit pasukan Kedah dan terbaru khabar angin berkenaan perancang importnya, Liridon Krasniqi dikatakan bakal berhijrah ke pasukan selatan tanah air, Johor Darul Ta'zim (JDT) pada perpindahan kedua pemain Liga Malaysia 2017 pertengahan Mei ini.
Setiausaha Kehormat Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) Datuk Aminuddin Omar berkata, beliau hairan bagaimana perkara itu boleh timbul sedangkan tidak ada perbincangan langsung diantara pihaknya bersama Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ).
Menurutnya, perkara tersebut sedikit-sebanyak menganggu tumpuan pemain Kedah di dalam persiapan menghadapi Perak bagi aksi Liga Super malam ini dan Separuh Akhir Pertama Piala FA menentang Terengganu pada Ahad depan.
"Sekarang ini macam-macam timbul isu yang dikaitkan dengan Kedah dan dalam hal ini (Liridon ke JDT) adalah tidak benar sama sekali malah beliau mempunyai kontrak bersama pasukan sehingga tahun hadapan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.
Aminuddin berkata, pihaknya perlu meredakan perkara tersebut yang sudahpun tular di media sejak semalam bagi memastikan tumpuan pemain pada perlawanan seterusnya tidak terganggu.
Jelasnya, antara rentetan isu yang dihadapi oleh KFA dan pasukan sebelum ini adalah berkenaan ketua jurulatih dan kad merah yang dilayangkan kepada pertahanan kental mereka, Rizal Ghazali pada aksi Liga Super menentang T-Team.
"Saya pernah bercakap dengan Liridon sebelum ini dan beliau menyatakan komitmen tinggi untuk memburu kejayaan bersama pasukan Kedah," katanya.
Sementara itu, mengulas berkenaan penganti Ketua Jurulatih Kedah, Tan Cheng Hoe, Aminuddin berkata, KFA sedang giat mendapatkan calon terbaik yang mampu membantu mengekalkan kecemerlangan Hijau Kuning pada musim ini.
Katanya, persatuan berusaha untuk mendapatkan penganti terbaik dan berharap semua penyokong Kedah sentiasa berdiri teguh di belakang pengurusan Hijau Kuning.
"Setakat ini ada tiga calon dan KFA sedang berunding dengan mereka. Apabila semua urusan telah selesai dan sah barulah ketua jurulatih baharu akan diumumkan.
Kami juga mahu mendapatkan penganti tersebut secepat mungkin walaupun tidak dinafikan mungkin akan mengambil sedikit masa namun berharap penyokong faham dan bersabar," katanya.
Sumber : SINAR Harian
Demikianlah Artikel Lirindon ke JDT tidak benar sama sekali - SU KFA Datuk Aminuddin
Sekianlah artikel Lirindon ke JDT tidak benar sama sekali - SU KFA Datuk Aminuddin kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Lirindon ke JDT tidak benar sama sekali - SU KFA Datuk Aminuddin dengan alamat link https://malaysiadalammaklumat.blogspot.com/2017/04/lirindon-ke-jdt-tidak-benar-sama-sekali.html
0 Response to "Lirindon ke JDT tidak benar sama sekali - SU KFA Datuk Aminuddin"
Catat Ulasan