Loading...

Perlis alu-alukan pelbagai acara sukan pelancongan sempena Tahun Melawat Perlis

Loading...
Perlis alu-alukan pelbagai acara sukan pelancongan sempena Tahun Melawat Perlis - Hallo sahabat MALAYSIA DALAM MAKLUMAT, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Perlis alu-alukan pelbagai acara sukan pelancongan sempena Tahun Melawat Perlis, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel info baru, Artikel kesihatan, Artikel politik, Artikel sosial, Artikel sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Perlis alu-alukan pelbagai acara sukan pelancongan sempena Tahun Melawat Perlis
link : Perlis alu-alukan pelbagai acara sukan pelancongan sempena Tahun Melawat Perlis

Baca juga


Perlis alu-alukan pelbagai acara sukan pelancongan sempena Tahun Melawat Perlis

 

TUANKU Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat melancarkan Promosi Makanan Perlis yang diadakan di Restoran The ISDU Premium, Tambon Bo Yang, Daerah Mueang, Songkhla, Thailand baru-baru ini.-UTUSAN

KANGAR: Perlis mengalu-alukan penganjuran pelbagai program berteraskan sukan pelancongan sempena kempen Tahun Melawat Perlis 2024-2025.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, sukan berkenaan merangkumi acara seperti larian, berbasikal, sukan air, mendaki, sukan lasak dan pelbagai lagi yang mempunyai dana dalaman serta tajaan sendiri yang cukup bagi sama-sama membantu merancakkan lagi aktiviti sektor pelancongan di negeri.

Titah baginda, kelab dan persatuan tempatan negeri ini juga banyak yang berpengalaman serta bersedia menerima kunjungan pelancong dan juga penganjur acara.

“Ia bagi bersama-sama menjalankan acara melalui kemahiran dan jaringan sedia ada masing-masing di negeri ini untuk bertindak sebagai ‘local partners’ selain mereka sendiri yang menganjurkannya dari masa ke semasa,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian selepas berkenan berangkat melancarkan promosi makanan Perlis di Restoran The ISDU Premium, Tambon Bo Yang, Daerah Mueang, Songkhla, Thailand baru-baru ini.

Promosi berkenaan anjuran restoran tersebut dengan kerjasama Universiti Malaysia Perlis (Unimap) dan Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis.

Berangkat sama, Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Keberangkatan tiba baginda berdua disambut oleh pemilik restoran tersebut, Shokri Saleh dan penyelaras program iaitu Mejar Muhamad Azuan Mohamad Nasir.

Turut hadir, Presiden Thaksin University (TSU), Dr. Nathapong Chitniratna dan Naib Canselor Unimap, Prof. Dr. Zaliman Sauli.

Kurma Daging Perlis akan ditawarkan dalam menu harian restoran tersebut selama seminggu dan jika mendapat respon yang baik daripada para pelanggan berkemungkinan akan dipertimbangkan untuk dimasukkan dalam menu tetap kelak.

-utusan online.



Demikianlah Artikel Perlis alu-alukan pelbagai acara sukan pelancongan sempena Tahun Melawat Perlis

Sekianlah artikel Perlis alu-alukan pelbagai acara sukan pelancongan sempena Tahun Melawat Perlis kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Perlis alu-alukan pelbagai acara sukan pelancongan sempena Tahun Melawat Perlis dengan alamat link https://malaysiadalammaklumat.blogspot.com/2023/08/perlis-alu-alukan-pelbagai-acara-sukan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Perlis alu-alukan pelbagai acara sukan pelancongan sempena Tahun Melawat Perlis"

Catat Ulasan

Loading...