Judul : MATTA Fair Perak sasar jualan RM23 juta
link : MATTA Fair Perak sasar jualan RM23 juta
MATTA Fair Perak sasar jualan RM23 juta
WENDY Shin (tiga dari kiri) dalam sidang akhbar MATTA Fair Perak di Ipoh hari ini. - UTUSAN |
IPOH: Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) Perak menyasarkan jualan pakej pelancongan berjumlah RM23 juta pada MATTA Fair Perak yang diadakan di Pusat Konvensyen Ipoh pada 12 dan 13 Ogos ini.
Pengerusi MATTA Fair Perak, Wendy Shin berkata, sebanyak 100 ruang pameran yang mempromosikan pelbagai produk pelancongan dari dalam dan luar Perak akan menyertai pameran edisi ke-31 itu.
Katanya, pameran selama dua hari yang disertai 29 penggiat industri pelancongan itu turut menyasarkan kehadiran lebih 20,000 pengunjung.
“Bagi pelancongan domestik, terdapat banyak pilihan destinasi ditawarkan merangkumi tarikan budaya, warisan, alam semula jadi, taman negara, aktiviti air dan udara.
“Memandangkan banyak negara telah dibuka untuk menerima kehadiran pelancong, maka lebih banyak pilihan destinasi dapat ditawarkan dalam pameran kali ini terutama negara-negara Asia dan Eropah,” katanya dalam sidang akhbar di Pejabat MATTA Cawangan Perak di sini hari ini.
Menurut beliau, pameran pelancongan itu turut disertai Tourism Perak dan Tourism Pahang serta penggiat industri pelancongan lain.
Katanya, perasmian pameran itu akan disempurnakan Pengerusi Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor Perak, Loh Sze Yee pada hari terakhir program.
“Pameran ini akan menjadi penanda aras dalam usaha memulihkan kembali industri pelancongan sekali gus menyumbang ke arah pertumbuhan positif industri itu,” katanya.
-utusan online.
Demikianlah Artikel MATTA Fair Perak sasar jualan RM23 juta
Anda sekarang membaca artikel MATTA Fair Perak sasar jualan RM23 juta dengan alamat link https://malaysiadalammaklumat.blogspot.com/2023/08/matta-fair-perak-sasar-jualan-rm23-juta.html
0 Response to "MATTA Fair Perak sasar jualan RM23 juta"
Catat Ulasan