Loading...

Kerajaan negeri akan wujudkan badan khas berkaitan pelancongan

Loading...
Kerajaan negeri akan wujudkan badan khas berkaitan pelancongan - Hallo sahabat MALAYSIA DALAM MAKLUMAT, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kerajaan negeri akan wujudkan badan khas berkaitan pelancongan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel info baru, Artikel kesihatan, Artikel politik, Artikel sosial, Artikel sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kerajaan negeri akan wujudkan badan khas berkaitan pelancongan
link : Kerajaan negeri akan wujudkan badan khas berkaitan pelancongan

Baca juga


Kerajaan negeri akan wujudkan badan khas berkaitan pelancongan

 


KANGAR: Satu badan khas berkaitan pelancongan di Perlis akan diwujudkan oleh kerajaan negeri bagi melihat segala permasalahan di dalam sektor pelancongan sebagai persediaan bagi sambutan Tahun Melawat Perlis 2024/2025.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan negeri, Wan Badariah Wan Saad berkata, penubuhan badan itu akan mengambil kira beberapa perkara seperti struktur perjawatan, emolument, pengurusan organisasi dan urus tadbir berkaitan keperluan penubuhan bahagian.

Katanya, berpandukan kepada strategi enam di dalam Pelan Induk Perancangan Fizikal Pelancongan Perlis sememangnya mengandungi cadangan bagi penubuhan Bahagian Pengurusan dan Promosi Pelancongan di negeri ini.

“Cadangan ini adalah bagi menangani punca kepada masalah sektor pelancongan negeri yang kurang berkembang kerana ketiadaan bahagian atau unit khas yang memfokuskan kepada industri pelancongan,” katanya dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis di sini hari ini.

Wan Badariah berkata demikian bagi menjawab pertanyaan lisan Asrul Aimran Abd Jalil (PN-Kayang) berhubung strategi dan perancangan kerajaan negeri bagi menjayakan Tahun Melawat Perlis 2024/2025 dan cadangan mewujudkan Lembaga Pelancongan Negeri.

Pada Mac lalu, Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah dengan memberi saranan agar kerajaan negeri menubuhkan satu unit khas pelancongan atau dikenali sebagai Perlis Tourism Board bagi melonjakkan sektor berkenaan di negeri ini.

Titah baginda, penubuhan unit khas itu dilihat mampu menggerakkan pembangunan sektor pelancongan di Perlis untuk berada pada tahap yang lebih baik.

Dalam pada itu, Wan Badariah berkata, dalam menjayakan Tahun Melawat Perlis 2024/2025, beberapa jawatankuasa telah ditubuhkan bagi memainkan peranan penting untuk melaksanakan fungsi berdasarkan kepada terma rujukan disediakan.

“Bagi memastikan Tahun Melawat Perlis dijayakan, satu calendar of event sedang disediakan dengan pengisian program pelancongan yang akan menarik minat pengunjung untuk datang ke Perlis,” katanya.

-utusan online.



Demikianlah Artikel Kerajaan negeri akan wujudkan badan khas berkaitan pelancongan

Sekianlah artikel Kerajaan negeri akan wujudkan badan khas berkaitan pelancongan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kerajaan negeri akan wujudkan badan khas berkaitan pelancongan dengan alamat link https://malaysiadalammaklumat.blogspot.com/2023/08/kerajaan-negeri-akan-wujudkan-badan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Kerajaan negeri akan wujudkan badan khas berkaitan pelancongan"

Catat Ulasan

Loading...