Loading...

Tahun Melawat Perlis 2024: Kerajaan negeri, NGO kerjasama tarik kehadiran peminat sukan ekstrim

Loading...
Tahun Melawat Perlis 2024: Kerajaan negeri, NGO kerjasama tarik kehadiran peminat sukan ekstrim - Hallo sahabat MALAYSIA DALAM MAKLUMAT, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tahun Melawat Perlis 2024: Kerajaan negeri, NGO kerjasama tarik kehadiran peminat sukan ekstrim, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel info baru, Artikel kesihatan, Artikel politik, Artikel sosial, Artikel sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tahun Melawat Perlis 2024: Kerajaan negeri, NGO kerjasama tarik kehadiran peminat sukan ekstrim
link : Tahun Melawat Perlis 2024: Kerajaan negeri, NGO kerjasama tarik kehadiran peminat sukan ekstrim

Baca juga


Tahun Melawat Perlis 2024: Kerajaan negeri, NGO kerjasama tarik kehadiran peminat sukan ekstrim

 


PADANG BESAR: Kerajaan negeri menjalinkan kerjasama erat dengan badan bukan kerajaan (NGO) bagi menarik kehadiran penggemar sukan ekstrim ke Perlis dalam menyemarakkan lagi penganjuran Tahun Melawat Perlis (TMP) 2024-2025.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan negeri, Wan Badariah Wan Saad berkata, terdapat beberapa program telah diatur bersama NGO berkaitan dalam usaha mempromosikan penganjuran TMP 2024-2025 termasuk melibatkan penggemar sukan berkenaan.

Beliau berkata, antara program bakal dianjurkan dalam masa terdekat ialah The North Wall 2.0 di Bukit Keteri, Chuping yang diuruskan oleh sebuah NGO pada bulan hadapan.

“Seperti semua sedia maklum, terdapat ramai peminat sukan ekstrim khususnya dalam kalangan anak muda di negara ini.

“Jadi ini antara usaha yang kita laksanakan bagi mempromosikan TMP 2024-2025 dalam menarik pengunjung luar untuk datang ke Perlis pada tahun hadapan,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Untuk rekod, seramai 2.99 juta pelancong telah berkunjung ke Perlis pada tahun 2022 dan jumlah itu menunjukkan peningkatan berbanding tahun sebelumnya.

Mengulas mengenai persediaan TMP 2024-2025, Wan Badariah berkata, segala perancangan telah diatur sebaiknya oleh kerajaan negeri dan antaranya dengan mengadakan perbincangan bersama pihak berkaitan termasuk menambah baik beberapa infrastruktur yang dikenal pasti.

“Malah promosi juga telah bermula antaranya dengan pemasangan papan iklan di beberapa lokasi sekitar Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS).

“Cuma buat masa sekarang, kita masih dalam proses bagi memuktamadkan pemilihan maskot dan lagu rasmi TMP 2024-2025 sebelum melaksanakan majlis pra pelancaran tidak lama lagi,” katanya.

Dalam pada itu, Wan Badariah berkata, kerajaan negeri turut mengalu-alukan kehadiran mana-mana pelabur yang ingin membuka hotel atau penginapan di Perlis sebagai persediaan penganjuran TMP 2024-2025 nanti.

Katanya, langkah itu juga adalah bagi menambah dan melengkapkan lagi penginapan di negeri ini khususnya buat pengunjung luar.

“Jika ada pelabur yang berhasrat membuka hotel di sekitar kawasan sempadan juga kita alu-alukan bagi memudahkan pelancong negara jiran ke Perlis,” katanya.

Tambahnya, Perlis sememangnya mempunyai kekuatan dengan keindahan alam semula jadi seperti sawah padi, sungai dan bukit-bukau yang menyajikan pemandangan indah buat pelancong.

“Orang ramai kena ambil peluang untuk melawat Perlis sempena TMP 2024-2025 ini bagi merasai sendiri keunikan negeri ini yang sememangnya berbeza dengan negeri-negeri lain,” katanya.

-utusan online.



Demikianlah Artikel Tahun Melawat Perlis 2024: Kerajaan negeri, NGO kerjasama tarik kehadiran peminat sukan ekstrim

Sekianlah artikel Tahun Melawat Perlis 2024: Kerajaan negeri, NGO kerjasama tarik kehadiran peminat sukan ekstrim kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tahun Melawat Perlis 2024: Kerajaan negeri, NGO kerjasama tarik kehadiran peminat sukan ekstrim dengan alamat link https://malaysiadalammaklumat.blogspot.com/2023/07/tahun-melawat-perlis-2024-kerajaan.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Tahun Melawat Perlis 2024: Kerajaan negeri, NGO kerjasama tarik kehadiran peminat sukan ekstrim"

Catat Ulasan

Loading...