Loading...

Payang Walk, operasi beca warisan produk pelancangan baharu

Loading...
Payang Walk, operasi beca warisan produk pelancangan baharu - Hallo sahabat MALAYSIA DALAM MAKLUMAT, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Payang Walk, operasi beca warisan produk pelancangan baharu, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel info baru, Artikel kesihatan, Artikel politik, Artikel sosial, Artikel sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Payang Walk, operasi beca warisan produk pelancangan baharu
link : Payang Walk, operasi beca warisan produk pelancangan baharu

Baca juga


Payang Walk, operasi beca warisan produk pelancangan baharu

 


KUALA TERENGGANU: Industri pelancongan di Terengganu bertambah meriah dengan wujudnya produk baharu yang diperkenalkan kerajaan negeri iaitu Payang Walk dan Operasi Beca Warisan yang bermula secara rasmi di sini, malam tadi.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, idea itu adalah hasil cetusan daripada tarikan pelancongan negeri Melaka namun telah ditambah baik dari beberapa aspek untuk memberi manfaat kepada pihak yang terlibat.

Menurutnya, tujuan utama program tersebut diadakan adalah untuk membantu meningkatkan pendapatan golongan pengayuh beca dan peniaga-peniaga kecil di sekitar Kuala Terengganu.

“Buat masa ini terdapat 12 beca yang telah selesai dinaik taraf agar lebih moden dan selesa manakala empat lagi beca dalam proses ubah suai menjadikan jumlah keseluruhan yang beroperasi nanti sebanyak 16.

“Saya dah maklumkan kepada Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital negeri, Ariffin Deraman untuk tambah lagi 10 beca jika mendapat sambutan yang memberangsangkan.

“Kerajaan negeri melalui Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) memperuntukkan sebanyak RM15,000 untuk setiap beca ini hasil kerjasama dengan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM),” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program Payang Walk dan Operasi Beca Warisan di Pesisir Payang, malam tadi.

Tambahnya, buat masa ini, terdapat 100 peniaga diberi peluang berniaga di Payang Walk dan jumlahnya akan ditambah hingga maksimum 400 orang sekiranya mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pengunjung.

Sementara itu, Ariffin berkata, tarikan baharu itu secara tidak langsung dapat meningkatkan imej Kuala Terengganu sebagai bandar raya warisan pesisir air dengan mengekalkan kebudayaan tradisi yang menjadi kebanggaan masyarakat negeri itu.

“Program ini mempunyai beberapa segmen utama iaitu aktiviti jualan barangan tempatan, jualan makanan tradisional serta persembahan kebudayaan dan kesenian seperti rodat, wayang kulit dan dikir barat.

“Selain itu, Payang Walk juga akan memberi peluang kepada pelancong untuk menaiki beca warisan dengan kadar harga berpatutan melalui beberapa pakej jarak laluan khas beca yang diperkenalkan,” katanya.

-utusan online.



Demikianlah Artikel Payang Walk, operasi beca warisan produk pelancangan baharu

Sekianlah artikel Payang Walk, operasi beca warisan produk pelancangan baharu kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Payang Walk, operasi beca warisan produk pelancangan baharu dengan alamat link https://malaysiadalammaklumat.blogspot.com/2023/07/payang-walk-operasi-beca-warisan-produk.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Payang Walk, operasi beca warisan produk pelancangan baharu"

Catat Ulasan

Loading...