Loading...

Program 'Exploration & Experiential of Segamat' oleh Tourism Malaysia Wilayah Selatan

Loading...
Program 'Exploration & Experiential of Segamat' oleh Tourism Malaysia Wilayah Selatan - Hallo sahabat MALAYSIA DALAM MAKLUMAT, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Program 'Exploration & Experiential of Segamat' oleh Tourism Malaysia Wilayah Selatan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel info baru, Artikel kesihatan, Artikel politik, Artikel sosial, Artikel sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Program 'Exploration & Experiential of Segamat' oleh Tourism Malaysia Wilayah Selatan
link : Program 'Exploration & Experiential of Segamat' oleh Tourism Malaysia Wilayah Selatan

Baca juga


Program 'Exploration & Experiential of Segamat' oleh Tourism Malaysia Wilayah Selatan

 


Segamat, 12 Jun 2023: Tourism Malaysia Wilayah Selatan - Johor telah menganjurkan program 'Exploration & Experiential of Segamat' selama empat hari dari 9 hingga 12 Jun 2023 yang disertai oleh 33 orang peserta terdiri daripada media arus perdana dan media baharu, influencer, agensi pelancongan, serta wakil daripada pejabat MOTAC negeri Melaka dan Johor. 

Program anjuran Tourism Malaysia ini merupakan salah satu usaha dan inisiatif dalam mempromosikan lokasi atau segmen pelancongan lain yang ada di daerah Segamat seperti Air Terjun Sungai Bantang, Labis Sunrise  Farm, Homestay Smilian Felda Tenang, Cabin Hills Labis Eco Resort, Restoran RZ Ikan Baung dan aktiviti yang memfokuskan kepada segmen keluarga dan millennials dengan mengetengahkan tema produk dan destinasi pelancongan berteraskan 'family fun', eko pelancongan dan kembara.

Program ini juga bertujuan memberi pengalaman pertama kepada para peserta terutamanya wakil agensi pelancongan bagi merasai sendiri pengembaraan sepanjang program selain memberi idea dalam membangunkan pakej pelancongan baharu yang menarik dan berdaya saing.

Turut sertai sama YBhg Dato’ Salim bin Aman, Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Johor, bagi aktiviti di Taman Eko Rimba (TER) Sungai Bantang, dan penanaman pokok sempena program Penghijauan Malaysia 100 juta pokok.

Program ini juga sejajar dengan kempen terbaharu “Inilah Masanya, Cuti-Cuti Malaysia dengan menggiatkan pelancongan domestik sekaligus mengoptimumkan komunikasi strategik menerusi penglibatan media.

-Tourism Malaysia.



Demikianlah Artikel Program 'Exploration & Experiential of Segamat' oleh Tourism Malaysia Wilayah Selatan

Sekianlah artikel Program 'Exploration & Experiential of Segamat' oleh Tourism Malaysia Wilayah Selatan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Program 'Exploration & Experiential of Segamat' oleh Tourism Malaysia Wilayah Selatan dengan alamat link https://malaysiadalammaklumat.blogspot.com/2023/06/program-exploration-experiential-of.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Program 'Exploration & Experiential of Segamat' oleh Tourism Malaysia Wilayah Selatan"

Catat Ulasan

Loading...