Loading...

500 lepasan SPM jadi duta pelancongan Melaka

Loading...
500 lepasan SPM jadi duta pelancongan Melaka - Hallo sahabat MALAYSIA DALAM MAKLUMAT, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 500 lepasan SPM jadi duta pelancongan Melaka, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel info baru, Artikel kesihatan, Artikel politik, Artikel sosial, Artikel sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 500 lepasan SPM jadi duta pelancongan Melaka
link : 500 lepasan SPM jadi duta pelancongan Melaka

Baca juga


500 lepasan SPM jadi duta pelancongan Melaka

 


ALOR GAJAH – Kerajaan negeri akan melantik seramai 500 pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk menjadi duta pelancongan sempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024) tahun hadapan.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh berkata, kumpulan itu yang dipanggil Volunteer Melaka akan bertindak sebagai penyampai maklumat kepada para pelancong mengenai nilai sejarah dan budaya negeri ini.

Ujarnya, kesemua mereka yang terlibat akan diberikan latihan dan kursus diperlukan sebelum ditempatkan di kawasan-kawasan utama pelancongan.

“Dalam sektor pelancongan kita akan ambil anak-anak lepasan SPM seramai 500 orang dan berikan mereka penerangan, mengenali (sejarah) Melaka.

“Kumpulan ini akan dilantik menjadi duta di kawasan-kawasan utama pelancong, di mana mereka akan memberi penerangan ringkas kepada pelancong yang datang mengenai sejarah dan budaya Melaka,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan butik konsep Coach Airways pertama di dunia di dalam pesawat Boeing 747 di Freeport A’ Famosa Outlet (FAO), di sini, hari ini.

Mengulas lanjut beliau memberitahu, usaha itu merupakan salah satu strategi kerajaan negeri dalam menambah baik elemen pelancongan sedia ada.

“Kita akan mula melatih sukarelawan itu pada awal minggu minggu ini, selain mendalami nilai sejarah mereka juga diberikan pendedahan mengenai (sektor) pelancongan dan cara meraikan pelancong yang datang.

“Dengan pelbagai usaha dan produk pelancongan yang dilaksanakan, kita menjangkakan nilai pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) negeri juga akan meningkat sebanyak dua peratus,” katanya.

-kosmo online.



Demikianlah Artikel 500 lepasan SPM jadi duta pelancongan Melaka

Sekianlah artikel 500 lepasan SPM jadi duta pelancongan Melaka kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 500 lepasan SPM jadi duta pelancongan Melaka dengan alamat link https://malaysiadalammaklumat.blogspot.com/2023/06/500-lepasan-spm-jadi-duta-pelancongan.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "500 lepasan SPM jadi duta pelancongan Melaka"

Catat Ulasan

Loading...