Judul : Tahun Melawat Negeri Sembilan diselaras bersama Tahun Melawat Malaysia
link : Tahun Melawat Negeri Sembilan diselaras bersama Tahun Melawat Malaysia
Tahun Melawat Negeri Sembilan diselaras bersama Tahun Melawat Malaysia
PORT DICKSON: Kerajaan Negeri Sembilan akan menyelaraskan program Tahun Melawat Negeri Sembilan bersama dengan Tahun Melawat Malaysia sekali gus dilihat mampu memberikan impak lebih besar kepada industri pelancongan dalam negara.
Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, keputusan itu diambil selepas mengambil beberapa perkara kemudahan dan infrastruktur sedia ada serta projek-projek menaik taraf sebelum menerima kedatangan pelancong.
“Setakat ini, kami belum mengadakan sebarang perbincangan, kami melihat kemudahan infrastruktur yang ada selepas Covid-19, banjir itu harus diberikan tumpuan.
“Sekiranya dilaksanakan secara bersama, tentu dapat buat promosi yang lebih besar dan lebih meriah. Kami serah kepada pihak Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya untuk buat sebarang perbincangan. Kami serah kepada pihak kementerian dan akan sambut baik apa sahaja keputusan ,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir ke program Street Iftar-Under The Stars Bersama Rakan Strategik Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) di Laluan Jalan Pasar dan Jalan Baharu, Bandar Port Dickson di sini semalam.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan semasa membentangkan Belanjawan 2023 berkata, tahun 2025 telah ditetapkan sebagai Tahun Melawat Malaysia dengan sasaran ketibaan 23.5 juta pelancong antarabangsa dan unjuran pendapatan sehingga RM76.8 bilion.
Katanya, kerajaan memperuntukkan RM250 juta untuk mempromosi dan melonjakkan pelancongan negara mulai tahun ini dan menjelang Tahun Melawat Malaysia 2025.
-utusan online.
Demikianlah Artikel Tahun Melawat Negeri Sembilan diselaras bersama Tahun Melawat Malaysia
Anda sekarang membaca artikel Tahun Melawat Negeri Sembilan diselaras bersama Tahun Melawat Malaysia dengan alamat link https://malaysiadalammaklumat.blogspot.com/2023/04/tahun-melawat-negeri-sembilan-diselaras.html
0 Response to "Tahun Melawat Negeri Sembilan diselaras bersama Tahun Melawat Malaysia"
Catat Ulasan