Loading...

Aktiviti tarik pukat disenaraikan dalam kalendar pelancongan Terengganu

Loading...
Aktiviti tarik pukat disenaraikan dalam kalendar pelancongan Terengganu - Hallo sahabat MALAYSIA DALAM MAKLUMAT, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Aktiviti tarik pukat disenaraikan dalam kalendar pelancongan Terengganu, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel info baru, Artikel kesihatan, Artikel politik, Artikel sosial, Artikel sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Aktiviti tarik pukat disenaraikan dalam kalendar pelancongan Terengganu
link : Aktiviti tarik pukat disenaraikan dalam kalendar pelancongan Terengganu

Baca juga


Aktiviti tarik pukat disenaraikan dalam kalendar pelancongan Terengganu

 

SEBAHAGIAN daripada pengunjung yang memeriahkan Program Tarik Pukat Raya 2023 di Pantai Kekabu, Marang, Terengganu. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI

MARANG: Aktiviti tarik pukat yang menjadi tradisi nelayan di kawasan pantai di negeri ini akan dijadikan program tahunan kerajaan negeri apabila bakal disenaraikan dalam kalendar pelancongan Terengganu mulai tahun depan.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, keunikan amalan tradisi itu mampu menarik kedatangan pelancong selain mempertahankan aktiviti berkenaan untuk dikenali generasi muda.

“Aktiviti tarik pukat ini sudah biasa bagi komuniti dan nelayan pantai. Bukan sekadar kebersamaan dan merapatkan ukhuwah masyarakat semata-mata tetapi rutin tradisi ini sebenarnya mempunyai keunikan tersendiri sebagai produk pelancongan.

“Kerajaan negeri akan jadikan acara rasmi tahunan, dimasukkan dalam kalendar tahunan mulai tahun depan. Selain Pantai Pulau Kekabu, Marang ini kita akan kenal pasti beberapa lokasi lain yang sesuai bagi dianjurkan program tarik pukat.

“Program Tarik Pukat Raya 2023 hari ini dianjurkan untuk memeriahkan sambutan Aidilfitri apatah lagi dengan kehadiran perantau yang pulang ke kampung halaman,” katanya selepas Program Tarik Pukat Raya 2023 di Pantai Pulau Kebabu, di sini hari ini.

Seramai 300 pengunjung memeriahkan acara tersebut.

Sementara itu, seorang penduduk, Hassan Awang, 65, berkata, aktiviti tarik pukat menjadi tradisi komuniti di kawasan pantai berkenaan sejak lebih 30 tahun lalu dan biasanya bermula selepas berakhir musim tengkujuh.

“Rutin tradisi ini rancak bermula April hingga Oktober setiap tahun sewaktu ‘musim teduh’ iaitu selepas tamat musim tengkujuh, ketika ini keadaan ombak tenang dan reda. Tempoh ini juga, ikan gemar berada berhampiran pantai.

“Aktiviti ini jadi medan masyarakat erat silaturahim. Hasil tangkapan pula akan dibahagi terlebih dahulu, selebihnya barulah dijual. Pukat digunakan pula sepanjang kira-kira 500 meter serta memerlukan lebih ramai kru,” jelasnya.

-utusan online.



Demikianlah Artikel Aktiviti tarik pukat disenaraikan dalam kalendar pelancongan Terengganu

Sekianlah artikel Aktiviti tarik pukat disenaraikan dalam kalendar pelancongan Terengganu kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Aktiviti tarik pukat disenaraikan dalam kalendar pelancongan Terengganu dengan alamat link https://malaysiadalammaklumat.blogspot.com/2023/04/aktiviti-tarik-pukat-disenaraikan-dalam.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Aktiviti tarik pukat disenaraikan dalam kalendar pelancongan Terengganu"

Catat Ulasan

Loading...