Loading...

Promosi pelancongan negara perlu peruntukan lebih besar

Loading...
Promosi pelancongan negara perlu peruntukan lebih besar - Hallo sahabat MALAYSIA DALAM MAKLUMAT, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Promosi pelancongan negara perlu peruntukan lebih besar, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel info baru, Artikel kesihatan, Artikel politik, Artikel sosial, Artikel sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Promosi pelancongan negara perlu peruntukan lebih besar
link : Promosi pelancongan negara perlu peruntukan lebih besar

Baca juga


Promosi pelancongan negara perlu peruntukan lebih besar

 

AZIZ Hassan (empat dari kanan) dan Christina Toh (tiga dari kanan) ketika hadir pada Majlis Pelancaran Karnival MAH Negeri Sembilan Food Festival 2023 dan Promosi Jualan Sempena Ramadan di Port Dickson, semalam.-UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.

PORT DICKSON: Sektor pelancongan negara memerlukan lebih daripada RM250 juta seperti yang diperuntukkan dalam Belanjawan 2023 bagi tujuan promosi bagi menarik pelancong dari luar negara.

Pengerusi Persatuan Hotel Malaysia (MAH) Negeri Sembilan, Haziz Hassan berkata, walaupun selepas pandemik Covid-19, kehadiran pelancong dari luar negara masih belum nampak ketara, sehubungan itu promosi produk-produk pelancongan negara harus giat dan diperhebatkan.

“Bagi saya, untuk buat promosi secara besar, RM250 juta itu memang tidak mencukupi dan tidak banyak yang boleh dibuat.

“Sekarang ini selepas pandemik, pelancong dari negara-negara asing seperti dari China, Eropah dan Jepun masih belum nampak ketara datang ke Malaysia, adalah penting untuk kita kena buat promosi yang hebat dan dalam belanjawan itu tidak boleh ada kekangan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Pelancaran Karnival MAH Negeri Sembilan Food Festival 2023 dan Promosi Jualan Sempena Ramadan di sini semalam.

Yang turut hadir, Presiden MAH, Datin Christina Toh.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan ketika membentangkan Belanjawan 2023 baru-baru ini berkata, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM250 juta untuk mempromosi pelancongan negara mulai tahun ini.

Menurut Haziz lagi, sektor pelancongan negara sentiasa menjadi penyumbang utama kepada pendapatan negara justeru ia memerlukan peruntukan yang lebih tinggi untuk melaksanakan promosi yang hebat.

“Sekarang ini dibandingkan dengan Thailand dan Indonesia, kita sudah terkebelakang dalam aspek pelancongan.

“Saya harap sektor pelancongan dapat diberikan peruntukan yang lebih untuk buat promosi yang hebat ke negara-negara yang kita sasarkan seperti China dan India serta negara-negara Eropah,” katanya.

Sementara itu, kata beliau, penganjuran Karnival MAH Negeri Sembilan Food Festival 2023 dan Promosi Jualan Sempena Ramadan adalah usaha pihaknya bagi merancakkan lagi sektor perhotelan di negeri ini.

“Sebanyak 16 buah hotel dan resort di negeri ini telah mengambil bahagian yang turut menawarkan pelbagai promosi bufet sempena bulan Ramadan yang bakal menjelang,” katanya.

-utusan online.



Demikianlah Artikel Promosi pelancongan negara perlu peruntukan lebih besar

Sekianlah artikel Promosi pelancongan negara perlu peruntukan lebih besar kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Promosi pelancongan negara perlu peruntukan lebih besar dengan alamat link https://malaysiadalammaklumat.blogspot.com/2023/03/promosi-pelancongan-negara-perlu.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Promosi pelancongan negara perlu peruntukan lebih besar"

Catat Ulasan

Loading...