Loading...

Musa, Dr. Ammar calon layak ganti Zainuddin: Siapa bakal KP Tourism Malaysia baharu?

Loading...
Musa, Dr. Ammar calon layak ganti Zainuddin: Siapa bakal KP Tourism Malaysia baharu? - Hallo sahabat MALAYSIA DALAM MAKLUMAT, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Musa, Dr. Ammar calon layak ganti Zainuddin: Siapa bakal KP Tourism Malaysia baharu?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel info baru, Artikel kesihatan, Artikel politik, Artikel sosial, Artikel sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Musa, Dr. Ammar calon layak ganti Zainuddin: Siapa bakal KP Tourism Malaysia baharu?
link : Musa, Dr. Ammar calon layak ganti Zainuddin: Siapa bakal KP Tourism Malaysia baharu?

Baca juga


Musa, Dr. Ammar calon layak ganti Zainuddin: Siapa bakal KP Tourism Malaysia baharu?

 

MUSA Yusof (kiri) dan Dr. Ammar Abd. Ghapar antara calon yang disebut-sebut layak menggantikan Zainuddin Abdul Wahab akan tamat pada 10 April depan.

PETALING JAYA: Siapa bakal menjadi Ketua Pengarah Tourism Malaysia yang baharu kini menjadi persoalan ekoran perkhidmatan penyandang ketika ini iaitu Datuk Zainuddin Abdul Wahab akan tamat pada 10 April.

Memandangkan tempoh itu makin hampir, dua nama calon disebut-sebut sebagai layak untuk menggantikan Zainuddin iaitu Timbalan Ketua Pengarah (Promosi), Datuk Musa Yusof dan Pengarah Kanan Bahagian Promosi Antarabangsa (Amerika, Eropah dan Oceania), Datuk Dr. Ammar Abd. Ghapar.

Andaian itu setelah melihat senioriti dan baki tempoh pencen untuk menyandang jawatan nombor satu Tourism Malaysia berbanding nama-nama pegawai kanan lain agensi tersebut.

Justeru itu, kekosongan jawatan yang bakal ditinggalkan Zainuddin perlu diisi oleh individu yang berkelayakan dan kompeten untuk membawa industri pelancongan negara ke tahap lebih tinggi, apatah lagi memulihkan industri tersebut setelah dibadai pandemik Covid-19.

Mengikut maklumat balas daripada penggiat industri, dua nama itu yang banyak dikenali dalam kalangan pemain industri dilihat mampu memacu industri pelancongan negara ke arah lebih kompetitif dengan negara-negara yang mana sektor pelancongan jauh ke hadapan seperti Thailand.

Pengalaman mereka yang luas merangkumi pelbagai sektor dilihat mampu membantu memperluaskan industri pelancongan dari segi strategi pemasaran seperti mana yang dilakukan oleh Thailand yang mengamalkan lantikan ahli lembaga pengarahnya dalam kalangan ahli akademik.

Penyambungan kontrak untuk mana-mana ketua jabatan dilihat tidak wajar kerana ia bakal menutup peluang calon-calon ‘berkaliber’ lain untuk naik pangkat dan mengubah imej serta meningkatkan prestasi jabatan itu ke tahap lebih cemerlang.

Begitu juga dengan tindakan melantik ketua pengarah dalam kalangan Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) dilihat tidak wajar kerana sebaiknya Tourism Malaysia yang merupakan agensi tertutup perlu memberi peluang kepada orang dalam untuk menerajui industri itu.

Orang dalam lebih memahami dan mampu merancang strategi bukan sahaja di peringkat domestik tetapi yang penting di peringkat global kerana hendak menarik pelancong dari luar negara tidak cukup sekadar promosi di internet tetapi ia memerlukan hubungan kerjasama dengan media antarabangsa dan tour operator di negara luar amat penting bagi memastikan mereka menjual pakej ke Malaysia.

Justeru, sama ada Musa atau Dr. Ammar jika dilantik sebagai Ketua Pengarah Tourism Malaysia yang baharu dilihat mampu berdepan dengan cabaran dalam industri pelancongan negara.

Industri pelancongan negara kali ini akan memasuki era yang cukup mencabar apabila kerajaan dalam pembentangan Belanjawan 2023 baru-baru ini hanya memperuntukkan RM250 juta bagi mempromosi sektor pelancongan berbanding peruntukan RM1.6 bilion bagi menyokong usaha pemulihan industri itu akibat kesan Covid-19 pada tahun lepas.

Jumlah itu selaras dengan Tahun Melawat Malaysia pada 2025 yang menyasarkan ketibaan 23.5 juta pelancong antarabangsa dan unjuran pendapatan sehingga RM76.8 bilion. Dan ini bukan satu tugas yang mudah dan hanya mereka yang benar-benar berkemampuan dan faham akan lurah-lurah dalam industri pelancongan yang mampu menempuh cabaran itu.

-utusan online.



Demikianlah Artikel Musa, Dr. Ammar calon layak ganti Zainuddin: Siapa bakal KP Tourism Malaysia baharu?

Sekianlah artikel Musa, Dr. Ammar calon layak ganti Zainuddin: Siapa bakal KP Tourism Malaysia baharu? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Musa, Dr. Ammar calon layak ganti Zainuddin: Siapa bakal KP Tourism Malaysia baharu? dengan alamat link https://malaysiadalammaklumat.blogspot.com/2023/03/musa-dr-ammar-calon-layak-ganti.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Musa, Dr. Ammar calon layak ganti Zainuddin: Siapa bakal KP Tourism Malaysia baharu?"

Catat Ulasan

Loading...