Judul : FLLSPG 2023 bakal catat rekod MBOR, sasar 350,000 pengunjung
link : FLLSPG 2023 bakal catat rekod MBOR, sasar 350,000 pengunjung
FLLSPG 2023 bakal catat rekod MBOR, sasar 350,000 pengunjung
JOHOR BAHRU: Hampir tiga tahun tidak dapat dianjurkan akibat pandemik Covid-19, Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang 2023 (FLLSPG 2023) Ke-25 akan menemui peminatnya pada 22 hingga 26 Februari ini.
Dengan tema Layangkasa Dinamik, FLLSPG 2023 yang meraikan Jubli Perak penganjurannya bakal disertai 716 pelayang tempatan dan antarabangsa, termasuk dari Brunei, Kemboja, Indonesia, Austria, Republic Czech, New Zealand dan Tahiti.
Turut dinantikan, usaha penganjur untuk mencipta rekod dalam Malaysia Book of Records (MBOR) dengan acara menaikkan wau tradisional Malaysia oleh 25 peserta antarabangsa secara serentak pada 25 Februari.
“Ini merupakan simbolik bagi penganjuran kali ke-25 yang menjangkau usia Jubli Perak, festival kali ini bakal mencatat rekod dalam Malaysia Book of Records.
“Menariknya, wakil antarabangsa akan memakai busana tradisi negara kita semasa menaikkan wau tradisional,” kata Presiden Majlis Pelayang Malaysia, Datuk A. Rahim Nin dalam taklimatnya sempena sempena Majlis Prapelancaran FLLSPG 2023, di Atrium Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang, di sini hari ini.
Majlis tersebut dilancarkan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar, Warisan dan Budaya negeri Johor, K. Raven Kumar. Yang turut hadir, Datuk Bandar Pasir Gudang, Datuk Asman Shah Abdul Rahman dan Pengarah Tourism Johor, Suhairi Hashim.
Rahim berkata, festival tersebut merupakan anjuran bersama Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG), Persatuan Pelayang Johor (PPJ) dan Majlis Pelayang Malaysia (MPM) dengan kerjasama Tourism Johor, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Negeri Johor (JKNNJ) serta Persatuan Pelancongan Pasir Gudang.
Pihak penganjur menjangkakan kira-kira 350,000 pengunjung dari dalam negara dan luar negara memeriahkan festival kali ini.
Bagi memudahkan orang ramai, sekali gus mengurangkan kesesakan, pihak penganjur akan menyediakan khidmat bas percuma dari Stadium Pasir Gudang ke Bukit Layang-Layang, lokasi festival berkenaan.
FLLSPG mula diperkenalkan pada tahun 1995 merupakan acara tahunan berprestij selain disenaraikan dalam kalendar pelancongan Johor negara.
-utusan online.
Demikianlah Artikel FLLSPG 2023 bakal catat rekod MBOR, sasar 350,000 pengunjung
Anda sekarang membaca artikel FLLSPG 2023 bakal catat rekod MBOR, sasar 350,000 pengunjung dengan alamat link https://malaysiadalammaklumat.blogspot.com/2023/02/fllspg-2023-bakal-catat-rekod-mbor.html
0 Response to "FLLSPG 2023 bakal catat rekod MBOR, sasar 350,000 pengunjung"
Catat Ulasan