Loading...

Jepun, Malaysia destinasi pilihan pelancong Asia

Loading...
Jepun, Malaysia destinasi pilihan pelancong Asia - Hallo sahabat MALAYSIA DALAM MAKLUMAT, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Jepun, Malaysia destinasi pilihan pelancong Asia, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel info baru, Artikel kesihatan, Artikel politik, Artikel sosial, Artikel sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Jepun, Malaysia destinasi pilihan pelancong Asia
link : Jepun, Malaysia destinasi pilihan pelancong Asia

Baca juga


Jepun, Malaysia destinasi pilihan pelancong Asia

 


PETALING JAYA – Jepun, Malaysia dan Thailand menduduki carta tertinggi dalam data carian platform Agoda sekali gus menjadi destinasi pilihan utama pelancong Asia.

Merujuk data carian platform percutian digital global, Agoda, Jepun muncul sebagai destinasi dengan carian tertinggi diikuti Malaysia, Thailand, Indonesia, Singapura, Vietnam, Korea Selatan dan Filipina.

Ketua Pegawai Eksekutif Agoda, Omri Morgenshtern, berkata, pada tahun ini, data menunjukkan bahawa ramai pelancong memilih percutian ke destinasi berhampiran di negara jiran untuk perayaan sempena sambutan Tahun Arnab.

“Ia merupakan perkembangan yang sangat baik kerana keyakinan pelancong terhadap percutian antarabangsa dapat dikembalikan terutamanya dalam pasaran Jepun, Korea dan Taiwan yang baru dibuka.

“Kami menjangkakan berlaku lonjakan dalam perjalanan dari negara China, apabila Thailand, Macau, Taiwan, Hong Kong dan Jepun kembali dalam senarai destinasi idaman bagi Tahun Baru Cina ini,” jelasnya menerusi satu kenyataan hari ini.

Walau bagaimanapun, kata beliau, ia mungkin terlalu awal untuk menjangkakan pemulihan yang sepenuhnya memandangkan cabaran yang melibatkan kapasiti dan harga penerbangan.

Di Malaysia, tarikan warisan budaya dan suasana kota yang meriah menjadikan Kuala Lumpur sebagai destinasi paling popular, diikuti dengan Melaka dan Pulau Pinang yang menduduki tempat kedua dan ketiga.

Manakala di Thailand, Bangkok berjaya menduduki tempat pertama, diikuti oleh bandar pesta pantai Pattaya dan Chiang Mai yang kaya dengan budaya.

Namun begitu, trend ini tidak ketara dalam kalangan pelancong dari China dan Jepun yang menggemari destinasi percutian beriklim panas dan lebih memilih Thailand sebagai destinasi pilihan berbeza dengan pelancong dari Thailand yang menggemari negara beriklim sejuk.

-kosmo online.



Demikianlah Artikel Jepun, Malaysia destinasi pilihan pelancong Asia

Sekianlah artikel Jepun, Malaysia destinasi pilihan pelancong Asia kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Jepun, Malaysia destinasi pilihan pelancong Asia dengan alamat link https://malaysiadalammaklumat.blogspot.com/2023/01/jepun-malaysia-destinasi-pilihan.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Jepun, Malaysia destinasi pilihan pelancong Asia"

Catat Ulasan

Loading...