Loading...

Tourism Malaysia Promosikan Pakej Percutian Menghadiri Majlis Tilawah Dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa Ke-62

Loading...
Tourism Malaysia Promosikan Pakej Percutian Menghadiri Majlis Tilawah Dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa Ke-62 - Hallo sahabat MALAYSIA DALAM MAKLUMAT, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tourism Malaysia Promosikan Pakej Percutian Menghadiri Majlis Tilawah Dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa Ke-62, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel info baru, Artikel kesihatan, Artikel politik, Artikel sosial, Artikel sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tourism Malaysia Promosikan Pakej Percutian Menghadiri Majlis Tilawah Dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa Ke-62
link : Tourism Malaysia Promosikan Pakej Percutian Menghadiri Majlis Tilawah Dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa Ke-62

Baca juga


Tourism Malaysia Promosikan Pakej Percutian Menghadiri Majlis Tilawah Dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa Ke-62

 


KUALA LUMPUR, 19 Oktober 2022 – Tourism Malaysia sekali lagi bekerjasama dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dalam mempromosikan negara ini sebagai destinasi pelancongan pilihan melalui penjualan pakej percutian untuk menghadiri Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-62 Tahun 1444 hijrah, bersamaan 2022 Masehi.

Pakej percutian 3H2M dan juga 2H1M yang dipromosikan memberi peluang kepada orang ramai untuk menyaksikan Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) secara langsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) bermula dari 19 hingga 24 Oktober 2022.

Selain diberikan tempat duduk khas sepanjang menghadiri Majlis Tilawah Al-Quran, pakej-pakej tersebut turut menawarkan lawatan ke tempat-tempat menarik di sekitar Kuala lumpur dan Putrajaya termasuk lawatan ke Kompleks Nasyrul Quran yang juga merupakan kompleks percetakan al-Quran kedua terbesar di dunia. Selain itu, mereka juga dibawa ke tempat-tempat menarik di sekitar Kuala Lumpur termasuk membeli-belah.

Sejumlah 1,500 pakej telah terjual hasil kerjasama tujuh ejen pelancongan Singapura dengan Pejabat Tourism Malaysia Singapura yang menyasarkan permintaan dari negara ASEAN.

Antara agensi pelancongan yang mempromosikan pakej tersebut ialah Nurhikmah Travel & Tours Pte. Ltd., Hamidah Travel & Tours Pte. Ltd., Zuma Travel & Services Pte. Ltd., dan juga Smiling Travel Singapore Pte. Ltd.

Dato’ Hj. Zainuddin Abdul Wahab, Ketua Pengarah Tourism Malaysia berkata, jalinan kerjasama antara JAKIM dan Tourism Malaysia adalah penting dalam membantu merancakkan semula pemulihan sektor pelancongan di Malaysia.

“Promosi pakej ini juga diharap memenuhi permintaan pelancong antarabangsa untuk hadir menyaksikan majlis ini secara langsung sekali gus menarik lebih ramai ketibaan pelancong khususnya dari negara-negara ASEAN,” kata Dato’ Hj. Zainuddin.

-Tourism Malaysia.



Demikianlah Artikel Tourism Malaysia Promosikan Pakej Percutian Menghadiri Majlis Tilawah Dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa Ke-62

Sekianlah artikel Tourism Malaysia Promosikan Pakej Percutian Menghadiri Majlis Tilawah Dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa Ke-62 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tourism Malaysia Promosikan Pakej Percutian Menghadiri Majlis Tilawah Dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa Ke-62 dengan alamat link https://malaysiadalammaklumat.blogspot.com/2022/10/tourism-malaysia-promosikan-pakej.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Tourism Malaysia Promosikan Pakej Percutian Menghadiri Majlis Tilawah Dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa Ke-62"

Catat Ulasan

Loading...