Loading...

Peralihan Sistem Pelesenan Industri Pelancongan (SPIP) Kepada Tourism Licensing And Enforcement System (TOURLIST)

Loading...
Peralihan Sistem Pelesenan Industri Pelancongan (SPIP) Kepada Tourism Licensing And Enforcement System (TOURLIST) - Hallo sahabat MALAYSIA DALAM MAKLUMAT, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Peralihan Sistem Pelesenan Industri Pelancongan (SPIP) Kepada Tourism Licensing And Enforcement System (TOURLIST), kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel info baru, Artikel kesihatan, Artikel politik, Artikel sosial, Artikel sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Peralihan Sistem Pelesenan Industri Pelancongan (SPIP) Kepada Tourism Licensing And Enforcement System (TOURLIST)
link : Peralihan Sistem Pelesenan Industri Pelancongan (SPIP) Kepada Tourism Licensing And Enforcement System (TOURLIST)

Baca juga


Peralihan Sistem Pelesenan Industri Pelancongan (SPIP) Kepada Tourism Licensing And Enforcement System (TOURLIST)


 

19 September 2022 - Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan melancarkan Sistem Pelesenan & Penguatkuasaan Pelancongan atau Tourism Licensing and Enforcement System (TOURLIST) yang bakal menggantikan Sistem Pelesenan Industri Pelancongan (SPIP) bermula 1 November 2022.

Inisiatif projek pembangunan Sistem TOURLIST ini adalah bertepatan dengan landskap industri pelancongan negara yang terus berkembang dan berubah seiring dengan perkembangan teknologi digital seperti data raya, business intelligent dan pelbagai inovasi pintar yang lain.

Dalam merealisasi agenda ini, MOTAC akan menutup Sistem SPIP sedia ada bermula 1 Oktober 2022 untuk memberi laluan kepada fasa deployment sistem TOURLIST yang dijangka Go-Live pada 1 November 2022. Selaras dengan penutupan ini, urusan pelesenan industri pelancongan akan beroperasi seperti berikut:

i. Tarikh akhir semua permohonan lesen di SPIP seperti Lesen TOBTAB, Institut Latihan Pelancongan, Pemandu Pelancong, Bas Persiaran dan Kereta Sewa Pandu (Sabah, Sarawak dan Labuan) dan permohonan Pendaftaran Premis Penginapan Pelancongan adalah pada 30 September 2022;

ii. Semua data permohonan yang berjaya diproses dan dilulus melalui Sistem SPIP akan dimigrasi ke Sistem TOURLIST dan semakan kelulusan boleh dibuat di Sistem TOURLIST.

iii. Bagi permohonan yang tidak berjaya atau tidak lengkap diproses tidak akan dimigrasi ke sistem TOURLIST, walau bagaimanapun, permohonan yang tidak lengkap diproses boleh membuat permohonan semula di sistem TOURLIST dan layak memohon tuntutan semula (refund) bayaran fi proses yang telah dibuat di SPIP;

iv. Bahagian Pelesenan dan Penguatkuasaan Pelancongan (BPPP), MOTAC akan mengadakan satu aktiviti pilot Pra-TOURLIST Go-Live pada 27-30 Oktober 2022 secara atas talian yang turut melibatkan penggiat industri yang terpilih bagi merekod dan mengenalpasti kelancaran dan ruang penambahbaikan Sistem TOURLIST sebelum Go-Live; dan

v. Dalam tempoh penutupan SPIP ini, pemohon juga masih boleh mengemukakan pemohonan secara manual di kaunter BPPP, MOTAC dan Pejabat MOTAC Negeri dengan mengemukakan borang permohonan fizikal yang boleh didapati di www.motac.gov.my bermula pada 1 Oktober 2022.

MOTAC sentiasa menyokong proses pendokumentasian dan pembudayaan kerja secara dalam talian yang dilihat sebagai sebahagian usaha-usaha transformasi cara kerja secara manual kepada bentuk digital. Pengadaptasian teknologi ini menyumbang kepada peningkatan kualiti penyampaian, menjamin kelestarian ekosistem serta memperluaskan kebolehcapaian kepada produk serta perkhidmatan pelancongan dan kebudayaan.

-MOTAC.



Demikianlah Artikel Peralihan Sistem Pelesenan Industri Pelancongan (SPIP) Kepada Tourism Licensing And Enforcement System (TOURLIST)

Sekianlah artikel Peralihan Sistem Pelesenan Industri Pelancongan (SPIP) Kepada Tourism Licensing And Enforcement System (TOURLIST) kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Peralihan Sistem Pelesenan Industri Pelancongan (SPIP) Kepada Tourism Licensing And Enforcement System (TOURLIST) dengan alamat link https://malaysiadalammaklumat.blogspot.com/2022/09/peralihan-sistem-pelesenan-industri.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Peralihan Sistem Pelesenan Industri Pelancongan (SPIP) Kepada Tourism Licensing And Enforcement System (TOURLIST)"

Catat Ulasan

Loading...