Loading...

Johor yakin terajui sektor pelancongan negara

Loading...
Johor yakin terajui sektor pelancongan negara - Hallo sahabat MALAYSIA DALAM MAKLUMAT, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Johor yakin terajui sektor pelancongan negara, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel info baru, Artikel kesihatan, Artikel politik, Artikel sosial, Artikel sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Johor yakin terajui sektor pelancongan negara
link : Johor yakin terajui sektor pelancongan negara

Baca juga


Johor yakin terajui sektor pelancongan negara

 

SUHAIRI HASHIM (berdiri tiga kanan) mengiringi Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi pada majlis perasmian FMJ 2022 di Puteri Harbour, Iskandar Puteri, baru-baru ini.

JOHOR BAHRU: Johor yakin akan terus menjadi destinasi pelancong utama negara pada fasa endemik, khususnya selepas berjaya merekodkan jumlah pelancong domestik paling ramai pada tahun 2021.

Pengarah Tourism Johor, Suhairi Hashim berkata, pihaknya komited mengekalkan rekod positif itu dalam menarik kehadiran lebih ramai pelancong domestik dan antarabangsa.

“Kami mahu mengekalkan kedudukan nombor satu sebagai merekodkan jumlah pelancong domestik tertinggi dalam kalangan negeri lain di Malaysia,” katanya di sini.

Berdasarkan Jabatan Pera­ngkaan Malaysia, Johor mencatatkan ketibaan seramai 1.8 juta pelancong domestik tahun lepas, meletakkannya pada kedudukan teratas dalam negara, diikuti Perak dengan 1.4 juta pelancong domestik manakala tempat ketiga, Pahang (1.3 juta); Negeri Sembilan (1.2 juta) dan Selangor (1.2 juta).

“Kerajaan negeri menerusi Tourism Johor mendapat kerjasama baik daripada semua pihak berkepentingan yang mahu melihat industri pelancongan kita kembali rancak se­perti sebelum wabak itu.

“Walau bagaimanapun, kesan Covid-19 masih dapat dilihat dengan banyak lot kedai di dalam beberapa pusat beli-belah di sekitar bandar raya Johor Bahru, khususnya masih kosong.

“Semoga dengan pulihnya sektor ekonomi negara, lot-lot kedai kosong ini dapat kembali disewa, sekali gus menarik kehadiran lebih ramai pelancong untuk membeli-belah di negeri ini,” katanya.

Menurutnya, penganjuran acara berskala besar seperti Festival Majestic Johor 2022 mampu mengukuhkan lagi kedudukan negeri ini sebagai peneraju destinasi pelancongan dalam negara.

“Festival yang bermula sejak 8 hingga 18 September itu mempamerkan pelbagai produk pelancongan Johor n Singapura juga merupakan satu kelebihan kerana membantu menarik lebih ramai pelancong dari republik berkenaan. “Singapura mempunyai ruang yang terhad dan kebanyakan pelancong asing kita limpahan dari seberang,’’ ujarnya.

-utusan online.



Demikianlah Artikel Johor yakin terajui sektor pelancongan negara

Sekianlah artikel Johor yakin terajui sektor pelancongan negara kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Johor yakin terajui sektor pelancongan negara dengan alamat link https://malaysiadalammaklumat.blogspot.com/2022/09/johor-yakin-terajui-sektor-pelancongan.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Johor yakin terajui sektor pelancongan negara"

Catat Ulasan

Loading...