Loading...

Industri pelancongan negara dalam ‘suasana’ pemulihan

Loading...
Industri pelancongan negara dalam ‘suasana’ pemulihan - Hallo sahabat MALAYSIA DALAM MAKLUMAT, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Industri pelancongan negara dalam ‘suasana’ pemulihan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel info baru, Artikel kesihatan, Artikel politik, Artikel sosial, Artikel sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Industri pelancongan negara dalam ‘suasana’ pemulihan
link : Industri pelancongan negara dalam ‘suasana’ pemulihan

Baca juga


Industri pelancongan negara dalam ‘suasana’ pemulihan

 

PELANCONG asing, Nicola Brookes (kanan) dari England bersama rakannya, Rebecca DuFauly dari Amerika Syarikat tertarik melihat wau tradisional Malaysia yang dijual di Pasar Seni Kuala Lumpur.
- UTUSAN/FAUZI BAHARUDIN

KUALA LUMPUR: Sektor pelancongan negara ketika ini masih berada dalam ‘perjalanan’ untuk pulih dengan kemasukan pelancong luar berada sekitar 30 ke 40 peratus.

Peningkatan itu dilihat selepas negara melalui fasa peralihan endemik tahun ini.

Pelancong tersebut datang dari Singapura, Indonesia, Thailand, United Kingdom, Austra­lia, Korea Selatan dan India.

Presiden Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA), Datuk Tan Kok Liang berkata, kemasukan pelancong luar banyak memberi sumba­ngan kepada negara ini menghidupkan industri pelancongan antarabangsa.

Walau bagaimanapun kata beliau, masih terlalu awal menga­takan industri pelanco­ngan kembali sihat selepas menerima tamparan kuat daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak dua tahun lalu.

“Macam mana industri pelancongan boleh pulih kalau kemasukan pelancong luar adalah sekitar 30 ke 40 pe­ratus? Industri kita masih berada dalam perjalanan untuk pulih.

“Saya harap dalam 2024 industri pelancongan pulih, saya juga berharap dalam pembentangan Bajet 2023 ini kerajaan akan memberi lebih banyak insentif dan subsidi untuk menolong industri pulih,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Sebelum ini akhbar melaporkan, industri pelancongan di negara ini terpaksa menanggung kerugian lebih RM200 juta jika sempadan negara tidak dibuka pada April lalu.

Kok Liang berkata, bagi penduduk tempatan pula, mereka gemar bercuti jangka pendek ke destinasi di Semenanjung.

Jelasnya, antara tempat menjadi tumpuan pelancongan domestik adalah Pulau Pinang, Genting Highland dan Melaka.

-utusan online.



Demikianlah Artikel Industri pelancongan negara dalam ‘suasana’ pemulihan

Sekianlah artikel Industri pelancongan negara dalam ‘suasana’ pemulihan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Industri pelancongan negara dalam ‘suasana’ pemulihan dengan alamat link https://malaysiadalammaklumat.blogspot.com/2022/09/industri-pelancongan-negara-dalam.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Industri pelancongan negara dalam ‘suasana’ pemulihan"

Catat Ulasan

Loading...