Loading...

Kerjasama Tourism Malaysia - Telekom Malaysia Tingkatkan Strategi Pengiklanan Digital

Loading...
Kerjasama Tourism Malaysia - Telekom Malaysia Tingkatkan Strategi Pengiklanan Digital - Hallo sahabat MALAYSIA DALAM MAKLUMAT, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kerjasama Tourism Malaysia - Telekom Malaysia Tingkatkan Strategi Pengiklanan Digital, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel info baru, Artikel kesihatan, Artikel politik, Artikel sosial, Artikel sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kerjasama Tourism Malaysia - Telekom Malaysia Tingkatkan Strategi Pengiklanan Digital
link : Kerjasama Tourism Malaysia - Telekom Malaysia Tingkatkan Strategi Pengiklanan Digital

Baca juga


Kerjasama Tourism Malaysia - Telekom Malaysia Tingkatkan Strategi Pengiklanan Digital

 



KUALA LUMPUR, 25 OGOS 2022 – Tourism Malaysia hari ini memeterai memorandum kerjasama (MOC) dengan Telekom Malaysia Berhad (TM) untuk mempromosikan kempen Cuti-Cuti Malaysia menerusi platform pengiklanan digital bagi menggalakkan pelancongan domestik.

Kedua-dua pihak akan bekerjasama mempromosikan pelbagai kempen termasuk pakej pelancongan domestik yang dirangka oleh Tourism Malaysia bagi memastikan capaian meluas kepada pengguna di seluruh negara melalui strategi pemasaran dan penyelesaian digital yang dibekalkan oleh TM di bawah anak syarikat dan cabang perniagaannya iaitu TM Info-Media Sdn. Bhd. dan Credence, bermula 1 Julai 2022 sehingga 31 Januari 2023.

Credence ialah syarikat baharu yang menawarkan perkhidmatan digital dan servis awan (cloud services) dengan memfokuskan kepada peningkatan keupayaan perusahaan dan sektor awam ke arah merealisasi transformasi digital.

Menerusi kerjasama ini, Credence akan menyediakan analisis media sosial melibatkan penggunaan data raya (big data analytics) untuk dinilai serta diguna pakai oleh Tourism Malaysia bagi merancang strategi promosi dan pemasaran yang berkesan.

Sementara itu, fokus utama kolaborasi bersama TM Info-Media adalah melibatkan pengiklanan digital menerusi paparan skrin di kesemua 32 pusat TM Point di seluruh negara termasuk di platform Unifi Wi-Fi Ads, Yellow Pages Banner dan Unifi TV selain Google Keywords Ads.

“Memorandum kerjasama itu ditandatangani oleh Dato’ Haji Zainuddin Abdul Wahab, Ketua Pengarah Tourism Malaysia dan Encik Sean Koh Chin Soon, Ketua Pegawai Eksekutif TM Info-Media merangkap Ketua Jualan Penyelesaian Digital unifi Business mewakili TM. Majlis menandatangani memorandum tersebut turut disaksikan oleh YBhg. Tan Sri Dr Ong Hong Peng, Pengerusi Tourism Malaysia dan Puan Shazurawati Abd Karim, Naib Presiden Eksekutif TM One.

Tan Sri Dr Ong berkata, kerjasama strategik antara Tourism Malaysia dan TM membuka ruang penambahbaikan kepada kedua-dua pihak untuk meneroka pasaran baharu sekali gus memperkukuh pembinaan jenama melalui ekosistem digital.

“Langkah ini dilihat bertepatan dengan Dasar Pelancongan Negara (DPN) 2020-2030 dan Pelan Strategik dan Pemasaran Tourism Malaysia 2022-2026 yang antara lain menekankan aspek digitalisasi pelancongan selain meningkatkan pelancongan domestik.”

Sementara itu, Shazurawati berkata, kerjasama strategik ini memanifestasikan komitmen TM untuk turut sama membantu kerajaan bagi meningkatkan ekonomi negara khususnya dalam industri pelancongan yang menjadi penyumbang ketiga terbesar kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara.

“TM merasa teruja untuk bersama-sama menggiatkan semula industri pelancongan negara melalui program kolaborasi yang akan memfokuskan kepada pelaksanaan promosi kempen dan pakej pelancongan domestik yang telah dirangka oleh Tourism Malaysia menerusi pelbagai penyelesaian pemasaran digital.”

-Tourism Malaysia.



Demikianlah Artikel Kerjasama Tourism Malaysia - Telekom Malaysia Tingkatkan Strategi Pengiklanan Digital

Sekianlah artikel Kerjasama Tourism Malaysia - Telekom Malaysia Tingkatkan Strategi Pengiklanan Digital kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kerjasama Tourism Malaysia - Telekom Malaysia Tingkatkan Strategi Pengiklanan Digital dengan alamat link https://malaysiadalammaklumat.blogspot.com/2022/08/kerjasama-tourism-malaysia-telekom.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Kerjasama Tourism Malaysia - Telekom Malaysia Tingkatkan Strategi Pengiklanan Digital"

Catat Ulasan

Loading...