Loading...

300 orang ‘serbu’ Kampung Laut setiap hari

Loading...
300 orang ‘serbu’ Kampung Laut setiap hari - Hallo sahabat MALAYSIA DALAM MAKLUMAT, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 300 orang ‘serbu’ Kampung Laut setiap hari, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel info baru, Artikel kesihatan, Artikel politik, Artikel sosial, Artikel sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 300 orang ‘serbu’ Kampung Laut setiap hari
link : 300 orang ‘serbu’ Kampung Laut setiap hari

Baca juga


300 orang ‘serbu’ Kampung Laut setiap hari

 


TUMPAT: Seramai 300 orang pengunjung ‘menyerbu’ laman seni dan warisan serunding di Kampung Laut di sini, setiap hari sejak kawasan itu beroperasi sepenuhnya awal bulan ini.

Pengurus Besar (Bahagian Pelaksanaan Projek) Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC), Arizan Arifin berkata, jumlah pengunjung naik sekali ganda setiap kali hujung minggu.

Menurutnya, projek dengan kos RM20 juta membabitkan dua fasa pembinaan iaitu Laman Warisan Serunding dan Laman Seni yang bermula sejak 2019 itu siap sepenuhnya pada Mac lalu.

“Laman Warisan Serunding  menempatkan 11 pengusaha serunding dan dodol manakala Laman Seni menempatkan semula Masjid Kampung Laut berusia lebih 400 tahun, kedai kraftangan, kaligrafi, batik dan wau yang menempatkan 12 peniaga.

“Hasrat pihak kami ialah mahu menjadikan tempat ini sebagai destinasi pelancongan yang wajib singgah. Apabila pelancong datang ke sini mereka boleh meneroka ke tempat-tempat lain,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan sesi lawatan di laman warisan tersebut.

Arizan memberitahu, pemindahan Masjid Kampung Laut yang sebelum ini berada di Nilam Puri, Kota Bharu tempat asalnya di sini mampu merancakkan sektor ekonomi di kawasan ini.

Katanya, ECERDC merancang pembangunan secara mapan kerana mahu penduduk di Kampung Laut menikmati limpahan pembangunan yang disediakan oleh kerajaan. 

-utusan online.



Demikianlah Artikel 300 orang ‘serbu’ Kampung Laut setiap hari

Sekianlah artikel 300 orang ‘serbu’ Kampung Laut setiap hari kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 300 orang ‘serbu’ Kampung Laut setiap hari dengan alamat link https://malaysiadalammaklumat.blogspot.com/2022/07/300-orang-serbu-kampung-laut-setiap-hari.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "300 orang ‘serbu’ Kampung Laut setiap hari"

Catat Ulasan

Loading...