Loading...

Pendapatan industri pelancongan Langkawi dijangka cecah RM4.25 bilion tahun ini

Loading...
Pendapatan industri pelancongan Langkawi dijangka cecah RM4.25 bilion tahun ini - Hallo sahabat MALAYSIA DALAM MAKLUMAT, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pendapatan industri pelancongan Langkawi dijangka cecah RM4.25 bilion tahun ini, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel info baru, Artikel kesihatan, Artikel politik, Artikel sosial, Artikel sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pendapatan industri pelancongan Langkawi dijangka cecah RM4.25 bilion tahun ini
link : Pendapatan industri pelancongan Langkawi dijangka cecah RM4.25 bilion tahun ini

Baca juga


Pendapatan industri pelancongan Langkawi dijangka cecah RM4.25 bilion tahun ini

 


LANGKAWI: Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) menjangkakan pendapatan industri pelancongan di pulau peranginan ini mencecah RM4.25 bilion juta pada tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Nasaruddin Abdul Muttalib berkata, jumlah pendapatan tersebut dijangka diperoleh selepas jumlah kemasukan pelancong tempatan dan antarabangsa  meningkat susulan pembukaan semula sempadan negara.

Menurutnya, pulau ini telah mencatatkan kedatangan pelancong seramai 673,486 orang sejak Januari hingga April lalu.

Katanya, LADA juga  menyasarkan kemasukan pelancong sehingga 2.5 juta orang sepanjang tahun ini berbanding seramai 1.09 juta orang sahaja tahun lalu.

“Kita menjangkakan sebanyak 15 peratus pelancong yang datang ke Langkawi pada tahun ini terdiri daripada pelancong antarabangsa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis Ramah Mesra Aidilfitri Langkawi Geopark 2022 anjuran Kelab Sukan dan Kebajikan LADA (KSKL) di Kompleks Pembangunan LADA di sini, hari ini.

Pada majlis itu,  Pengerusi Bersama Jemaah Pengarah LADA, Datuk Mohd. Suhaimi Abdullah turut merasmikan majlis Ramah Mesra Aidilfitri Langkawi Geopark 2022.

Nasaruddin memberitahu, pihak LADA  menyertai Pavilion Malaysia di Arabian Travel Market (ATM) 2022 di Dubai pada 8 hingga 11 Mei lalu untuk menarik pelancong dari Asia Barat yang pernah menjadi antara 10 pasaran utama pelancong Langkawi.

Nasaruddin memberitahu, promosi pelancongan antarabangsa juga akan dilakukan di lokasi lain di luar negara seperti Jepun, Vietnam, London, Qatar, China, Singapura, dan Thailand.

Tambahnya, LADA juga akan melakukan promosi pelancongan domestik di lokasi yang mempunyai penerbangan terus ke sini.

“Promosi pelancongan domestik itu melibatkan enam lokasi iaitu Kota Bharu, Kuching, Ipoh, Johor Bahru, Selangor dan Kuala Lumpur serta Putrajaya,” ujarnya.

-utusan online.



Demikianlah Artikel Pendapatan industri pelancongan Langkawi dijangka cecah RM4.25 bilion tahun ini

Sekianlah artikel Pendapatan industri pelancongan Langkawi dijangka cecah RM4.25 bilion tahun ini kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pendapatan industri pelancongan Langkawi dijangka cecah RM4.25 bilion tahun ini dengan alamat link https://malaysiadalammaklumat.blogspot.com/2022/05/pendapatan-industri-pelancongan.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Pendapatan industri pelancongan Langkawi dijangka cecah RM4.25 bilion tahun ini"

Catat Ulasan

Loading...