Loading...

Jom Cuti-Cuti Malaysia Roadshow Siri Ke-2 Dilancarkan Oleh Tourism Malaysia

Loading...
Jom Cuti-Cuti Malaysia Roadshow Siri Ke-2 Dilancarkan Oleh Tourism Malaysia - Hallo sahabat MALAYSIA DALAM MAKLUMAT, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Jom Cuti-Cuti Malaysia Roadshow Siri Ke-2 Dilancarkan Oleh Tourism Malaysia, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel info baru, Artikel kesihatan, Artikel politik, Artikel sosial, Artikel sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Jom Cuti-Cuti Malaysia Roadshow Siri Ke-2 Dilancarkan Oleh Tourism Malaysia
link : Jom Cuti-Cuti Malaysia Roadshow Siri Ke-2 Dilancarkan Oleh Tourism Malaysia

Baca juga


Jom Cuti-Cuti Malaysia Roadshow Siri Ke-2 Dilancarkan Oleh Tourism Malaysia

 

IPOH, 28 Mei 2022 - Tourism Malaysia hari ini melancarkan program Jom Cuti-Cuti Malaysia Roadshow Siri Ke-2 dalam usaha meningkatkan penebusan diskaun, baucar dan rebat di bawah Pelan Pemulihan Pelancongan 2022 yang merupakan kesinambungan daripada Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE 1.0).

Jerayawara selama tiga hari itu telah dilancarkan di AEON Mall Kinta City, Ipoh bermula 27-29 Mei 2022 bagi meningkatkan aktiviti pemasaran dan promosi pelancongan domestik selari dengan peralihan negara ke fasa endemik. Program tersebut telah dirasmikan oleh Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Dato’ Hj Zainuddin Abdul Wahab.

Dato’ Zainuddin berkata, lebih 25 penggiat industri mengambil bahagian dalam program jerayawara berkenaan bagi menawarkan pakej percutian, tambang dan tiket masuk pada harga menarik melibatkan pengusaha produk, agensi pelancongan, hotel, taman tema dan syarikat pengangkutan.

“Selepas ini, program Jom Cuti-Cuti Malaysia Roadshow Siri Ke-2 akan digerakkan ke tujuh lagi lokasi di seluruh negara. Kita berharap dengan adanya program jerayawara berupa pameran dan jualan sebegini akan dapat meningkatkan lagi daya saing industri pelancongan domestik,” katanya.

Tujuh lokasi lain bagi program Jom Cuti-Cuti Malaysia Roadshow Siri Ke-2 ialah di AEON Mall Nilai (3-5 Jun 2022), AEON Mall Bukit Tinggi, Klang (22- 24 Julai 2022), Blue Atrium, Sunway Pyramid (26-28 Ogos 2022), AEON Mall Shah Alam (2-4 September 2022), AEON Mall Kota Bharu (23-25 September 2022), AEON Mall Tebrau City (7-9 Oktober 2022) dan AEON Mall Bandaraya Melaka (25-27 November 2022).

-Tourism Malaysia.



Demikianlah Artikel Jom Cuti-Cuti Malaysia Roadshow Siri Ke-2 Dilancarkan Oleh Tourism Malaysia

Sekianlah artikel Jom Cuti-Cuti Malaysia Roadshow Siri Ke-2 Dilancarkan Oleh Tourism Malaysia kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Jom Cuti-Cuti Malaysia Roadshow Siri Ke-2 Dilancarkan Oleh Tourism Malaysia dengan alamat link https://malaysiadalammaklumat.blogspot.com/2022/05/jom-cuti-cuti-malaysia-roadshow-siri-ke.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Jom Cuti-Cuti Malaysia Roadshow Siri Ke-2 Dilancarkan Oleh Tourism Malaysia"

Catat Ulasan

Loading...