Loading...

Pulau Sembilan hanya boleh dilawati di kawasan perairan

Loading...
Pulau Sembilan hanya boleh dilawati di kawasan perairan - Hallo sahabat MALAYSIA DALAM MAKLUMAT, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pulau Sembilan hanya boleh dilawati di kawasan perairan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel info baru, Artikel kesihatan, Artikel politik, Artikel sosial, Artikel sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pulau Sembilan hanya boleh dilawati di kawasan perairan
link : Pulau Sembilan hanya boleh dilawati di kawasan perairan

Baca juga


Pulau Sembilan hanya boleh dilawati di kawasan perairan

 


TELUK INTAN: Pulau Sembilan di Bagan Datuk, dekat sini hanya boleh dilawati di kawasan perairan.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan negeri, Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi berkata, pulau itu belum beroperasi sepenuhnya untuk sebarang aktiviti pelancongan.

Beliau berkata, ini kerana program rehabilitasi untuk kerja-kerja pemulihan di sekitar pulau itu masih dijalankan. 

“Pelancong dibenarkan melawat pulau itu di sekitar kawasan perairan sahaja dan tidak boleh memasuki pulau berkenaan.

“Apabila selesai program rehabilitasi itu, kerajaan negeri akan mengumumkan pembukaan semula Pulau Sembilan untuk melakukan  aktiviti pelancongan,” katanya dalam sidang akhbar pada Majlis Sesi Ramah Mesra  Media bersama Majlis Perbandaran Teluk Intan bersempena Program Ekspresi Cuti-cuti Malaysia – Getaway to Perak.

Yang hadir sama  Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Datuk Zainuddin Abdul Wahab. 

Sebelum ini, Nolee Ashilin berkata, Pulau Sembilan ditutup sementara bertujuan memulihara flora dan fauna yang terjejas di pulau itu.

Menurutnya, kerajaan negeri perlu membendung tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang bertindak menceroboh dan merosakkan flora dan fauna yang terdapat di pulau berkenaan.

Pada 2019, beberapa pasukan penyelidik bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) telah melakukan kajian dengan mengambil kira empat aspek, antaranya ‘boatie’, kuda laut, batu karang pelbagai lagi yang terdapat di atas pulau berkenaan. 

Sementara itu, Nolee Ashilin berkata, program anjuran Tourism Malaysia yang berlangsung selama empat hari bermula Selasa lepas disertai 19 pengamal media cetak dan elektronik yang dibawa melawat beberapa lokasi pelancongan di sekitar Teluk Intan, Bagan Datuk dan Kampung Gajah.

-utusan online.


Demikianlah Artikel Pulau Sembilan hanya boleh dilawati di kawasan perairan

Sekianlah artikel Pulau Sembilan hanya boleh dilawati di kawasan perairan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pulau Sembilan hanya boleh dilawati di kawasan perairan dengan alamat link https://malaysiadalammaklumat.blogspot.com/2022/03/pulau-sembilan-hanya-boleh-dilawati-di.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Pulau Sembilan hanya boleh dilawati di kawasan perairan"

Catat Ulasan

Loading...