Loading...

40 spesies baharu burung ditemukan di Tasik Kenyir

Loading...
40 spesies baharu burung ditemukan di Tasik Kenyir - Hallo sahabat MALAYSIA DALAM MAKLUMAT, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 40 spesies baharu burung ditemukan di Tasik Kenyir, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel info baru, Artikel kesihatan, Artikel politik, Artikel sosial, Artikel sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 40 spesies baharu burung ditemukan di Tasik Kenyir
link : 40 spesies baharu burung ditemukan di Tasik Kenyir

Baca juga


40 spesies baharu burung ditemukan di Tasik Kenyir

 


HULU TERENGGANU: Peminat burung bakal menikmati lebih keseronokan apabila 40 lagi spesies baharu ditemukan di Tasik Kenyir.

Pengerusi Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah), Datuk Razali Idris berkata, penambahan itu sekali gus menjadikan keseluruhan burung di sekitar tasik buatan manusia terbesar Asia itu kini mencecah 336 spesies.

Katanya, antaranya ialah burung botak kecil, bangau kendi, puchong seriap, bangau paya, helang hitam, puyuh tanah dan layang-layang besar.

“Bukit Lawit di Tasik Kenyir tersenarai antara 125 lokasi terbaik bagi aktiviti melihat burung di Asia Tenggara berdasarkan pengiktirafan oleh The Lonely Planet.

“Istimewanya, kita turut memiliki sembilan spesies enggang termasuk yang terancam iaitu tebang mentua atau helmeted hornbill,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan program Kenyir Bird & Nature Quest (KBNQ) 2022 di sini, semalam.

Program yang dirintis sejak 2013 di Tasik Kenyir itu memberi peluang kepada pelancong mencuba pengalaman berbeza memerhati burung selain aktiviti memancing dan menginap di rumah bot. 

Menurut Razali, visi program KBNQ adalah untuk memperkenal Tasik Kenyir sebagai destinasi utama ekopelancongan di Terengganu terutama bagi aktiviti melihat burung.

Katanya, jumlah spesies burung di tasik berkenaan diharap dapat terus bertambah pada tahun depan.

-utusan online.



Demikianlah Artikel 40 spesies baharu burung ditemukan di Tasik Kenyir

Sekianlah artikel 40 spesies baharu burung ditemukan di Tasik Kenyir kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 40 spesies baharu burung ditemukan di Tasik Kenyir dengan alamat link https://malaysiadalammaklumat.blogspot.com/2022/03/40-spesies-baharu-burung-ditemukan-di.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "40 spesies baharu burung ditemukan di Tasik Kenyir"

Catat Ulasan

Loading...