Judul : MTC perkenal sijil pematuhan SOP Covid-19, pastikan sektor pelancongan tidak terjejas
link : MTC perkenal sijil pematuhan SOP Covid-19, pastikan sektor pelancongan tidak terjejas
MTC perkenal sijil pematuhan SOP Covid-19, pastikan sektor pelancongan tidak terjejas
PETALING JAYA: Majlis Pelancongan Malaysia ( MTC) memperkenal sijil pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 di semua premis berkaitan dengan sektor terbabit di negara ini.
Presiden MTC, Uzaidi Udanis berkata, sijil tersebut mendapat pengiktirafan pelbagai agensi dalam dan negara luar memastikan premis mematuhi garis panduan yang ditetapkan kerajaan bagi mengekang penularan wabak Covid-19.
Katanya, setakat ini lebih 3,000 pemain industri mendapat sijil perakuan pematuhan berkenaan.
“Sijil ini dikeluarkan secara percuma oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) dengan hasil kerjasama kita. Ini bermakna siapa ada sijil ini mereka memang patuh SOP. Ia membuktikan kita bersedia untuk bekerjasama dengan pihak kerajaan untuk bersama-sama memastikan penularan dapat dihentikan dalam sektor ini.
“Sebab itu sijil seperti ini diperkenal selain dua inisiarif lain dan berharap lebih banyak yang akan memohon nanti,”katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
-utusan online.
Demikianlah Artikel MTC perkenal sijil pematuhan SOP Covid-19, pastikan sektor pelancongan tidak terjejas
Anda sekarang membaca artikel MTC perkenal sijil pematuhan SOP Covid-19, pastikan sektor pelancongan tidak terjejas dengan alamat link https://malaysiadalammaklumat.blogspot.com/2022/01/mtc-perkenal-sijil-pematuhan-sop-covid.html
0 Response to "MTC perkenal sijil pematuhan SOP Covid-19, pastikan sektor pelancongan tidak terjejas"
Catat Ulasan