Loading...

MAG harap VTL antara Pulau Pinang-Singapura dapat dilaksanakan

Loading...
MAG harap VTL antara Pulau Pinang-Singapura dapat dilaksanakan - Hallo sahabat MALAYSIA DALAM MAKLUMAT, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul MAG harap VTL antara Pulau Pinang-Singapura dapat dilaksanakan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel info baru, Artikel kesihatan, Artikel politik, Artikel sosial, Artikel sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : MAG harap VTL antara Pulau Pinang-Singapura dapat dilaksanakan
link : MAG harap VTL antara Pulau Pinang-Singapura dapat dilaksanakan

Baca juga


MAG harap VTL antara Pulau Pinang-Singapura dapat dilaksanakan

 


GEORGETOWN: Malaysia Aviation Group (MAG) berharap program Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) udara antara Singapura dan Pulau Pinang dapat dilaksanakan dalam tempoh terdekat bagi mempercepat proses pemulihan ekonomi republik itu dan negeri ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAG, Kapten Izham Ismail berkata, permohonan cadangan VTL udara antara Singapura dan Pulau Pinang itu telah dikemukakan beberapa bulan lalu, namun keputusan mengenai pelaksanaannya masih belum diputuskan.

“Kami melihat adanya permintaan daripada pelanggan bagi pelaksanaan VTL antara laluan udara Pulau Pinang dan Singapura.

“MAG telah mengemukakan permohonan agar VTL dilaksanakan bagi laluan udara antara Pulau Pinang dan Singapura, namun ia memerlukan keputusan serta penelitian daripada kerajaan kedua-dua negara,” katanya.

Beliau ditemui selepas menghadiri majlis pelancaran kerjasama antara Travel Safe Alliance Malaysia (TSAM) dan Pejabat Pengerusi Pelancongan dan Ekonomi Kreatif (PETACE) di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi Pelancongan dan Ekonomi Kreatif (PETACE), Yeoh Soon Hin.

Sebelum ini, Malaysia dan Singapura melancarkan laluan perjalanan vaksinasi (VTL) bagi pengembara antara kedua-dua negara yang menggunakan mod pengangkutan udara.

VTL antara Lapangan Terbang Antarabangsa Changi dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) itu bermula pada 29 November lalu.

Menurut Izham, kejayaan pelaksanaan VTL udara sebelum ini di beberapa lokasi wajar diambil kira sebagai indikator untuk pelaksanaan VTL udara antara Pulau Pinang dan Singapura.

“Selain itu terdapat juga rancangan untuk melaksanakan VTL antara negeri lain serta Singapura dan negara ASEAN lain, namun ia masih dalam peringkat perancangan,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Soon Hin berkata, TSAM telah dilancarkan pada Oktober tahun ini dan terdiri daripada empat pemain utama dalam industri pelancongan negara iaitu Persatuan Penganjur dan Pembekal Konvensyen dan Pameran (MACEOS), Persatuan Hotel Malaysia (MAH), Persatuan Ejen Pelancongan dan Pelancongan Malaysia (MATTA) dan MAG.

“Dengan aktiviti pelancongan yang semakin meningkat pada masa ini, kerjasama dengan TSAM merupakan langkah yang tepat untuk Pulau Pinang menerajui usaha memulihkan ekonomi serta pelancongan di negeri ini.

“TSAM memainkan peranan penting dalam mempromosikan Pulau Pinang sebagai destinasi selamat untuk pelancongan,” katanya.

-Utusan Malaysia.



Demikianlah Artikel MAG harap VTL antara Pulau Pinang-Singapura dapat dilaksanakan

Sekianlah artikel MAG harap VTL antara Pulau Pinang-Singapura dapat dilaksanakan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel MAG harap VTL antara Pulau Pinang-Singapura dapat dilaksanakan dengan alamat link https://malaysiadalammaklumat.blogspot.com/2021/12/mag-harap-vtl-antara-pulau-pinang.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "MAG harap VTL antara Pulau Pinang-Singapura dapat dilaksanakan"

Catat Ulasan

Loading...