Loading...
Judul : Liga Malaysia kembali bersambung 26 Ogos 2020
link : Liga Malaysia kembali bersambung 26 Ogos 2020
Liga Malaysia kembali bersambung 26 Ogos 2020
Malaysian Football League (MFL) hari ini mengumumkan Liga Malaysia 2020 kembali bersambung pada 26 Ogos depan selepas ditangguhkan sejak 16 Mac lalu disebabkan pandemik COVID-19.- Setiap stadium atau venue perlawanan hendaklah berdaftar dengan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan disahkan oleh MFL serta wajib menjalani proses nyahkuman dan disinfeksi.
- Komisioner Perlawanan lantikan MFL akan membuat pemeriksaan stadium atau venue perlawanan sebelum liga dimulakan dan Operasi Standard Prosesur (SOP) pengelolaan perlawanan akan diedarkan oleh MFL kepada semua pasukan kelak.
- MFL kekal dengan format pertandingan CIMB Liga Super, Liga Premier di mana saingan secara separuh liga sahaja. Menerusi format itu, liga akan bersambung dari perlawanan kelima hingga perlawanan ke-11 dengan semua perlawanan mengikut jadual asal seperti yang telah ditetapkan.
- TM Piala Malaysia yang akan berlangsung pada 17-18 Oktober 2020 dan akan berakhir pada 7 November manakala Shopee Piala FA dan Challenge Cup dibatalkan.
- Format pertandingan TM Piala Malaysia akan dirombak di mana tiada saingan peringkat kumpulan dengan saingan 16 pasukan akan berlangsung secara kalah mati satu pusingan termasuk suku akhir dan separuh akhir.
- 11 pasukan terbaik CIMB Liga Super dan lima pasukan terbaik Liga Premier (kecuali pasukan Reserve Team) yang layak beraksi dalam saingan TM Piala Malaysia akan diundi untuk menentukan perlawanan awal dan juga pasukan tuan rumah.
- Perlawanan tertunda iaitu aksi CIMB Liga Super yang menemukan PJ City FC menentang Terengganu FC serta perlawanan Liga Premier UKM FC bertemu Kelantan akan dimainkan pada 22 Ogos 2020.
- Pasukan tuan rumah iaitu PJ City FC dan UKM FC hendaklah memastikan pelan kawalan keselamatan, persediaan stadium atau venue perlawanan, petugas-petugas stadium diatur dan disediakan dengan cukup rapi.
- Kesemua pasukan tidak dibenarkan mengadakan perlawanan persahabatan bermula 15 sehingga 28 Julai 2020.
- Pasukan-pasukan berstatus dari CIMB Liga Super dan Liga Premier hanya dibenarkan mengadakan perlawanan persahabatan pada 2 Ogos 2020 sebaik tamat tempoh bertenang bermula 29 Julai dan tamat pada 1 Ogos 2020.
- Tempoh ini adalah bagi penilaian dan pemantauan simptom COVID-19 bagi memastikan tahap kesihatan semua pegawai dan pemain masih baik setelah 14 hari tempoh Latihan Berkontak Fizikal dibenarkan di mana latihan pasukan masih dibenarkan sepanjang tempoh ini.
- MFL mengalakkan pasukan mengadakan perlawanan di antara wakil Liga Malaysia iaitu CIMB Liga Super dan Liga Premier sahaja kerana pasukan ini telah menjalani Ujian Calitan (Swab Test) dan memahami SOP yang telah ditetapkan.
- Perlawanan hanya dibenar diadakan di dalam stadium atau venue perlawanan sahaja dan stadium tersebut hendaklah didaftarkan di MITI. Stadium-stadium tersebut hendaklah menjalani proses nyahkuman dan disinfeksi sebelum perlawanan diadakan.
- Perlawanan tersebut hendaklah dimainkan tanpa penonton, hanya pegawai dan pemain pasukan yang berdaftar dan telah menjalani Ujian Calitan (Swab Test) sahaja dibenar berada di stadium.
Demikianlah Artikel Liga Malaysia kembali bersambung 26 Ogos 2020
Sekianlah artikel Liga Malaysia kembali bersambung 26 Ogos 2020 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Liga Malaysia kembali bersambung 26 Ogos 2020 dengan alamat link https://malaysiadalammaklumat.blogspot.com/2020/07/liga-malaysia-kembali-bersambung-26.html
0 Response to "Liga Malaysia kembali bersambung 26 Ogos 2020"
Catat Ulasan