Loading...

Kelab Golf Tarik Balik Larangan Jual Arak, MB Kecewa Dan Letak Jawatan

Loading...
Kelab Golf Tarik Balik Larangan Jual Arak, MB Kecewa Dan Letak Jawatan - Hallo sahabat MALAYSIA DALAM MAKLUMAT, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kelab Golf Tarik Balik Larangan Jual Arak, MB Kecewa Dan Letak Jawatan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel info baru, Artikel kesihatan, Artikel politik, Artikel sosial, Artikel sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kelab Golf Tarik Balik Larangan Jual Arak, MB Kecewa Dan Letak Jawatan
link : Kelab Golf Tarik Balik Larangan Jual Arak, MB Kecewa Dan Letak Jawatan

Baca juga


Kelab Golf Tarik Balik Larangan Jual Arak, MB Kecewa Dan Letak Jawatan



Larangan penjualan minuman keras di Seremban International Golf Club (SIGC) dilapor ditarik semula.

Keputusan itu dibuat selepas ahli-ahlinya dalam mesyuarat agung luar biasa petang ini sebulat suara menolak larangan yang dikenakan presiden kelab itu, Aminuddin Harun yang juga merupakan menteri besar.

Laporan Free Malaysia Today memetik salah seorang ahli kelab itu, Shanker Ramachandran sebagai berkata bahawa larangan itu ditarik serta-merta.

Shanker yang dilapor turut hadir mesyuarat itu berkata, larangan penjualan alkohol dikuatkuasakan Ogos lalu selepas Aminuddin menjadi presiden SIGC.

Shankar juga berkata larangan penjualan alkohol bukan saja dilakukan secara sepihak tapi juga bertentangan dengan perlembagaan kelab itu.

Mesyuarat hari ini diadakan selepas Shankar dan 43 ahli kelab yang lain menggesa ia diadakan.

Mesyuarat itu dilaporkan dipengerusikan timbalan presiden SIGC, Razali Ab Malik yang juga setiausaha negeri Negeri Sembilan.

Aminuddin sebelum ini menafikan dakwaan mengatakan beliau mengharamkan penjualan minuman keras di SIGC dan menjelaskan bahawa keputusan itu dibuat secara muafakat oleh jawatankuasa SIGC.

Sin Chew Daily memetik Aminuddin sebagai berkata perkara itu telah dibincangkan dalam jawatankuasa SIGC sebanyak dua kali dan persetujuan dicapai menetapkan alkohol tidak boleh dijual di kelab berusia 67 tahun itu.

Dilaporkan padang golf itu milik kerajaan negeri, manakala rumah kelab dan kemudahan sukan lain dimiliki 1,500 ahli SIGC.


Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri secara automatik dipilih sebagai presiden dan timbalan presiden kelab. Menteri besar juga melantik setiausaha, bendahari, kapten kelab dan lima orang ahli jawatankuasa.

Semalam, Free Malaysia Today melaporkan Aminuddin mengancam untuk meletakkan jawatan sebagai presiden SIGC sekiranya kelab golf tersebut tidak mengutamakan sensitiviti tempatan.

“Apa pun saya tak kisah. Saya tak berada sebagai presiden SIGC pun tak ada masalah. Tak apalah, saya ikut tapi saya berhenti.

“Selain itu terdapat juga masjid berhampiran dan kedudukan saya sebagai pengerusi Jawatankuasa Bertindak Agama Islam Negeri Sembilan (Exco Agama Islam),” katanya kepada portal itu.



Demikianlah Artikel Kelab Golf Tarik Balik Larangan Jual Arak, MB Kecewa Dan Letak Jawatan

Sekianlah artikel Kelab Golf Tarik Balik Larangan Jual Arak, MB Kecewa Dan Letak Jawatan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kelab Golf Tarik Balik Larangan Jual Arak, MB Kecewa Dan Letak Jawatan dengan alamat link https://malaysiadalammaklumat.blogspot.com/2019/03/kelab-golf-tarik-balik-larangan-jual.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Kelab Golf Tarik Balik Larangan Jual Arak, MB Kecewa Dan Letak Jawatan"

Catat Ulasan

Loading...