Loading...

Rosmah Bantah Kes Dipindahkan Ke Mahkamah Tinggi

Loading...
Rosmah Bantah Kes Dipindahkan Ke Mahkamah Tinggi - Hallo sahabat MALAYSIA DALAM MAKLUMAT, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Rosmah Bantah Kes Dipindahkan Ke Mahkamah Tinggi, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel info baru, Artikel kesihatan, Artikel politik, Artikel sosial, Artikel sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Rosmah Bantah Kes Dipindahkan Ke Mahkamah Tinggi
link : Rosmah Bantah Kes Dipindahkan Ke Mahkamah Tinggi

Baca juga


Rosmah Bantah Kes Dipindahkan Ke Mahkamah Tinggi


Peguam Datin Seri Rosmah Mansor hari ini membantah permohonan pihak pembelaan untuk memindahkan ke Mahkamah Tinggi kes rasuah dihadapi isteri bekas Perdana Menteri itu berhubung projek pembekalan dan pemasangan tenaga solar di 369 sekolah luar bandar di Sarawak.

Perkara itu dimaklumkan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Mohd Dusuki Mokhtar, ketika sebutan semula kes berkenaan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Azman Ahmad.

Bagaimanapun, Dusuki berkata tarikh pendengaran bagi permohonan memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi sudah ditetapkan pada 15 Mac depan.

Katanya, permohonan masih tertangguh (pending) dan belum lagi diselesaikan di Mahkamah Tinggi, maka pihak pendakwaan memohon mahkamah menetapkan tarikh sebutan lain.

Mahkamah menetapkan 20 Mac untuk sebutan semula kes itu yang membabitkan Projek Bersepadu Sistem Solar Photovoltaic (PV) Hibrid dan Penyelenggaraan serta Operasi Genset/Diesel bagi sekolah luar bandar di Sarawak.

Sementara itu, peguam mewakili Rosmah, Datuk Akberdin Abdul Kader, mengesahkan perkara itu dan pihaknya sudah menyerahkan afidavit, namun pihak pendakwaan masih belum memberi jawapan.

Pada 15 November 2018, Rosmah, 68, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan meminta rasuah wang tunai RM187.5 juta dan menerima rasuah RM1.5 juta berhubung projek pembekalan dan pemasangan tenaga solar di 369 sekolah luar bandar di Sarawak, dua tahun lalu.

Rosmah didakwa mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama.

Dia boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 mengikut yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Pada prosiding hari ini, Rosmah turut diwakili peguam Datuk Jagjit Singh dan turut hadir bersama Rosmah ialah suaminya, yang juga bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak serta anak lelaki mereka Mohd Ashman.




Demikianlah Artikel Rosmah Bantah Kes Dipindahkan Ke Mahkamah Tinggi

Sekianlah artikel Rosmah Bantah Kes Dipindahkan Ke Mahkamah Tinggi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Rosmah Bantah Kes Dipindahkan Ke Mahkamah Tinggi dengan alamat link https://malaysiadalammaklumat.blogspot.com/2019/02/rosmah-bantah-kes-dipindahkan-ke.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Rosmah Bantah Kes Dipindahkan Ke Mahkamah Tinggi"

Catat Ulasan

Loading...