Loading...

[VIDEO] Anak perempuan Najib tertekan, akaun dibeku sukar jalani rawatan kanser tahap empat

Loading...
[VIDEO] Anak perempuan Najib tertekan, akaun dibeku sukar jalani rawatan kanser tahap empat - Hallo sahabat MALAYSIA DALAM MAKLUMAT, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul [VIDEO] Anak perempuan Najib tertekan, akaun dibeku sukar jalani rawatan kanser tahap empat, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel info baru, Artikel kesihatan, Artikel politik, Artikel sosial, Artikel sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : [VIDEO] Anak perempuan Najib tertekan, akaun dibeku sukar jalani rawatan kanser tahap empat
link : [VIDEO] Anak perempuan Najib tertekan, akaun dibeku sukar jalani rawatan kanser tahap empat

Baca juga


[VIDEO] Anak perempuan Najib tertekan, akaun dibeku sukar jalani rawatan kanser tahap empat


Video oleh AHMAD SHAZWAN MD. YUSOF




KUALA LUMPUR 11 Julai - Anak perempuan kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang merupakan pesakit kanser tahap empat, Puteri Norlisa, 37, kini berada dalam keadaan tertekan ekoran pembekuan akaun miliknya oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Adiknya, Datuk Mohd. Nazifuddin berkata, susulan daripada tindakan SPRM, kakaknya mengalami kesukaran membayar bila hospital bagi melakukan rawatan kimoterapi untuk merawat kanser darah.

Susulan itu, beliau berharap kerajaan yang ditunjangi Pakatan Harapan supaya lebih prihatin terhadap nasib kakaknya yang dikesan mengalami kanser sejak tiga bulan lalu itu.

“Tidak sepatutnya buat pembekuan akaun terhadap kakak saya kerana dia sedang lakukan rawatan kimoterapi akibat kanser. Rawatan mengambil masa selama enam bulan dan dengan pembekuan ini memberi kesusahan kepadanya untuk membayar bil hospital.

“Kami harap pada masa akan datang, isu ini tidak melibatkan pesakit kanser sepertinya kerana Puteri Norlisa mengalami tekanan dan kesusahan untuk pulih daripada penyakit kanser darah apabila perkara seperti ini berlaku,” katanya ketika dihubungi Utusan Online di sini hari ini.

SPRM baru-baru ini membekukan akaun anak Najib iaitu Nooryana Najwa, Mohd Norashman, Mohd Nizar dan Puteri Norlisa bagi melakukan siasatan terhadap penglibatan bekas Perdana Menteri itu dalam skandal 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Sementara itu, Mohd. Nazifuddin memberitahu, sejak melakukan rawatan kimoterapi, kondisi Puteri Norlisa semakin baik dan menyebabkan tahap kanser yang dihadapinya menurun.

Katanya, anak perempuan tunggal Najib dan bekas isteri, Puteri Zainah Tengku Iskandar itu kini berulang-alik ke hospital sekali seminggu bagi menjalani rawatan kimoterapi.

“Dia perlu lakukannya selama enam bulan dan rawatan ini memakan kos ratusan ribu ringgit. Sebab itulah kita cuba lakukan yang terbaik untuk kakak.

“Apa yang saya boleh cakap Puteri Norlisa kini mengalami tekanan apabila perkara sebegini berlaku kepada keluarga sendiri,” ujarnya. - UTUSAN ONLINE




Demikianlah Artikel [VIDEO] Anak perempuan Najib tertekan, akaun dibeku sukar jalani rawatan kanser tahap empat

Sekianlah artikel [VIDEO] Anak perempuan Najib tertekan, akaun dibeku sukar jalani rawatan kanser tahap empat kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel [VIDEO] Anak perempuan Najib tertekan, akaun dibeku sukar jalani rawatan kanser tahap empat dengan alamat link https://malaysiadalammaklumat.blogspot.com/2018/07/video-anak-perempuan-najib-tertekan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "[VIDEO] Anak perempuan Najib tertekan, akaun dibeku sukar jalani rawatan kanser tahap empat"

Catat Ulasan

Loading...