Loading...

Seorang Lagi Bekas Pegawai Najib Ditahan SPRM

Loading...
Seorang Lagi Bekas Pegawai Najib Ditahan SPRM - Hallo sahabat MALAYSIA DALAM MAKLUMAT, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Seorang Lagi Bekas Pegawai Najib Ditahan SPRM, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel info baru, Artikel kesihatan, Artikel politik, Artikel sosial, Artikel sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Seorang Lagi Bekas Pegawai Najib Ditahan SPRM
link : Seorang Lagi Bekas Pegawai Najib Ditahan SPRM

Baca juga


Seorang Lagi Bekas Pegawai Najib Ditahan SPRM



Seorang bekas pegawai di Pejabat Perdana Menteri (PMO) hari ini dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya.

Video di Twitter Malaysia Gazette memaparkan dia dengan pakaian lokap SPRM dibawa ke mahkamah.

Sebelum ini, media melaporkan seorang bekas pegawai perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak, direman empat hari sejak Selasa lalu bagi membantu siasatan kes dakwaan penyelewengan pemasangan panel tenaga solar sekolah di Sarawak.

Pengarah Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Simi Abdul Ghani mengesahkan mengenai penahanan individu berusia 44 tahun itu.

Menurut Simi, individu itu ditahan pada Isnin lalu selepas dipanggil ke ibu pejabat SPRM di Putrajaya bagi memberi keterangan.

Sebelum ini, laporan media menyebut bekas pemimpin tertinggi negara menandatangani projek bernilai RM1.25 bilion untuk pemasangan panel tenaga solar di 369 sekolah di Sarawak.

Pelaksanaan projek itu dikatakan melangkaui proses biasa ditetapkan kementerian pendidikan supaya tender projek berkenaan tidak diberikan secara terbuka, sebaliknya diserahkan terus kepada syarikat sewaan kereta di Bintulu.

SPRM sebelum ini sudah menahan tiga individu termasuk seorang pengarah syarikat bagi membantu siasatan berkaitan projek berkenaan.




Demikianlah Artikel Seorang Lagi Bekas Pegawai Najib Ditahan SPRM

Sekianlah artikel Seorang Lagi Bekas Pegawai Najib Ditahan SPRM kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Seorang Lagi Bekas Pegawai Najib Ditahan SPRM dengan alamat link https://malaysiadalammaklumat.blogspot.com/2018/07/seorang-lagi-bekas-pegawai-najib.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Seorang Lagi Bekas Pegawai Najib Ditahan SPRM"

Catat Ulasan

Loading...