Loading...
Judul : Sime Darby tarik diri
link : Sime Darby tarik diri
Sime Darby tarik diri
Kelab Bolasepak Sime Darby (SDFC) ingin mengumumkan secara rasminya bahawa SDFC tidak akan bertanding di dalam pertandingan bolasepak Liga Perdana 2018.
Namun begitu, sebagai ahli gabungan Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA), pasukan akan kekal bertanding dalam pertandingan bolasepak Liga Kuala Lumpur (Bahagian Satu) yang dijadualkan bermula pada 7 Disember 2017 dan akan lebih fokus pada program pembangunan bolasepak bawah 12 tahun bermula Januari 2018 di Padang Latihan SDFC, Bukit Jelutong.
SDFC telah memulakan perjalanan sebagai pasukan yang kecil tujuh tahun lalu sebagai juara Piala FAM 2010 seterusnya berkembang menjadi pasukan yang disegani apabila berjaya menewaskan banyak pasukan negeri yang berpengalaman ketika bertanding pada peringkat Liga Perdana pada tahun 2011, 2012 dan 2013. SDFC terus melakar kecemerlangan apabila berjaya melayakkan diri ke Liga Super dan mengekalkan kecemerlangan pasukan pada tahun 2014.
Pasukan ini juga telah mencipta sejarah apabila menjadi pasukan berstatus kelab pertama yang melayakkan diri ke peringkat akhir Piala FA pada tahun 2012. SDFC juga pernah dianugerahkan kelab terbaik di dalam Majlis Anugerah Bolasepak Kebangsaan dalam tahun yang sama. Selain itu, hasil kerja kuat dan semangat barisan pemain musim ini, SDFC telah merangkul gelaran juara Piala FAM buat kali kedua pada Oktober yang lalu.
SDFC dengan penuh rendah diri ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung sejak awal penubuhan kelab pada tahun 2010. Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada penyokong-penyokong kami yang tidak pernah penat memberikan sokongan pada pasukan SDFC selama ini.
Kepada barisan pemain serta barisan kejurulatihan SDFC, kami mengucapkan jutaan terima kasih atas segala sumbangan dan perjuangan anda bersama pasukan musim ini. Kami juga ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada semua yang masih aktif dalam bolasepak.
Akhir kata, nama SDFC bakal dikenang dan akan diingati sebagai sebuah kelab yang kecil namun berjaya memberikan saingan sengit kepada pasukan-pasukan lain yang bertanding di dalam Liga Malaysia. Semoga kita berjumpa lagi!
sumber: Laman Web Sime Darby
Demikianlah Artikel Sime Darby tarik diri
Sekianlah artikel Sime Darby tarik diri kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Sime Darby tarik diri dengan alamat link https://malaysiadalammaklumat.blogspot.com/2017/11/sime-darby-tarik-diri.html
0 Response to "Sime Darby tarik diri"
Catat Ulasan