Loading...

Pahang teruskan TMP17 melalui Revisit Pahang

Loading...
Pahang teruskan TMP17 melalui Revisit Pahang - Hallo sahabat MALAYSIA DALAM MAKLUMAT, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pahang teruskan TMP17 melalui Revisit Pahang, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel info baru, Artikel kesihatan, Artikel politik, Artikel sosial, Artikel sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pahang teruskan TMP17 melalui Revisit Pahang
link : Pahang teruskan TMP17 melalui Revisit Pahang

Baca juga


Pahang teruskan TMP17 melalui Revisit Pahang

MOHD. SHARKAR


KUANTAN 27 Nov. – Kejayaan penganjuran Tahun Melawat Pahang 2017 (TMP17) yang me­nyaksikan kerajaan negeri mem­peroleh pendapatan sebanyak RM7.48 bilion sehingga September lalu mendorong program Revisit Pahang diperkenalkan.

Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan dan Pelancongan negeri, Datuk Seri Mohd. Sharkar Shamsudin berkata, pelancaran program Revisit Pahang 2018 itu berkemungkinan akan diadakan hujung tahun ini atau awal 2018.

“Kita akan putus­kan kemudian ta­rikh untuk pelanca­ran Revisit Pahang­ kerana tujuannya untuk meneruskan program ini bagi me­mastikan momentum kedatangan pelancong ke Pahang dikekalkan.


“Kalau kita lihat kepada pencapaian TMP17, memang tidak dapat dinafikan jumlah kedatangan pelancong ke ne­geri ini meningkat hampir dua kali ganda iaitu kira-kira 13 juta pelancong untuk tempoh sembilan bulan pertama tahun ini, berbanding 9.3 juta pelancong tempoh sama 2016," katanya.

Beliau berkata demikian selepas penggulungan Bajet 2018 dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

Menurut Mohd. Sharkar, kejayaan penganjuran TMP17 adalah hasil kerjasama baik antara kerajaan negeri dengan Pusat serta disokong agensi berkaitan.

Selain perolehan daripada kedata­ngan pelancong ke 20 lo­kasi pelancongan me­narik di Pahang, kata beliau, kerajaan negeri turut mena­warkan nombor pen­daftaran khas ken­deraan sempena TMP17 untuk dimiliki orang ramai.

“Bagi penjualan nombor pendaftaran khas kenderaan 'VIP' ini yang diuruskan pihak dilantik kerajaan negeri, kita memperoleh pendapatan sebanyak RM10.3 juta atau 1,903 unit nombor dibida dan dimiliki orang ramai,” jelasnya.

Tambahnya, selain itu, stra­tegi menyediakan 57 acara menarik sepanjang tahun ini juga dilihat sebagai pencetus kepada peningkatan kedatangan pelancong ke negeri ini.

“Antara acara yang menda­pat sambutan daripada pengunjung ialah pertandingan memancing­ Cabaran Royal Billfish di Rom­pin: Kuantan Century Ridedan Pahang Bike Weekdi Taman Gelora, Kuantan,” katanya.
-utusan online.



Demikianlah Artikel Pahang teruskan TMP17 melalui Revisit Pahang

Sekianlah artikel Pahang teruskan TMP17 melalui Revisit Pahang kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pahang teruskan TMP17 melalui Revisit Pahang dengan alamat link https://malaysiadalammaklumat.blogspot.com/2017/11/pahang-teruskan-tmp17-melalui-revisit.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Pahang teruskan TMP17 melalui Revisit Pahang"

Catat Ulasan

Loading...