Loading...

Polis siasat aduan pegawai SPRM ada hubungan sulit dengan isteri orang

Loading...
Polis siasat aduan pegawai SPRM ada hubungan sulit dengan isteri orang - Hallo sahabat MALAYSIA DALAM MAKLUMAT, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Polis siasat aduan pegawai SPRM ada hubungan sulit dengan isteri orang, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel info baru, Artikel kesihatan, Artikel politik, Artikel sosial, Artikel sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Polis siasat aduan pegawai SPRM ada hubungan sulit dengan isteri orang
link : Polis siasat aduan pegawai SPRM ada hubungan sulit dengan isteri orang

Baca juga


Polis siasat aduan pegawai SPRM ada hubungan sulit dengan isteri orang


SEPANG: Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun mengesahkan belum menerima sebarang laporan polis daripada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan seorang pegawai kanan agensi itu yang dikatakan ada hubungan sulit dengan isteri orang.

Fuzi berkata, bagaimanapun siasatan menyeluruh sedang dijalankan bagi menyiasat perkara itu berdasarkan laporan polis yang diterima daripada pihak lain.

"Polis sedang menjalankan siasatan menyeluruh mengikut Seksyen 498 Kanun Keseksaan berhubung laporan itu.

"Kita sedang kenalpasti (pihak bertanggungjawab menyebarkan video) kalau perlu buat tangkapan kita akan buat tangkapan, tapi setakat ini tiada tangkapan.

"Bagi kita masa secukupnya untuk siasat, bukan mudah untuk kita kesan (pihak bertanggungjawab menyebarkan video), tapi kita cuba sedaya upaya," katanya pada sidang media selepas merasmikan Kompleks Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, hari ini.

Dalam pada itu, katanya pihak polis sedang mengambil langkah perlu untuk melengkapkan kertas siasatan berkaitan kes hasutan membabitkan Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (ASWAJA), Dr Zamihan Mat Zin, sebelum dikemukakan kepada pihak Peguam Negara.

Sementara itu, berhubung himpunan 'Sayangi Malaysia Hapuskan Kleptokrasi' yang berlangsung di Padang Timur Ahad lalu, beliau mengesahkan polis akan memanggil pihak penganjur himpunan berkenaan memandangkan polis tidak memperakukan penganjurannya.

"Semua sedia maklum kita tidak memperakukan perhimpunan yang dianjurkan pada Ahad lalu, jadi kita sedang teliti kesalahan serta tindakan yang boleh diambil kepada pihak penganjur.

"Yang pasti kita akan panggil pihak penganjur sebab kita tidak benarkan tempat itu diadakan perhimpunan tapi dia tetap buat.

"Selain itu, siasatan menyeluruh akan dibuat terhadap semua perkara termasuk (intipati ceramah) sekiranya wujud sebarang unsur hasutan atau kesalahan di bawah peruntukan lain dan sebagainya," katanya.







Demikianlah Artikel Polis siasat aduan pegawai SPRM ada hubungan sulit dengan isteri orang

Sekianlah artikel Polis siasat aduan pegawai SPRM ada hubungan sulit dengan isteri orang kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Polis siasat aduan pegawai SPRM ada hubungan sulit dengan isteri orang dengan alamat link https://malaysiadalammaklumat.blogspot.com/2017/10/polis-siasat-aduan-pegawai-sprm-ada.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Polis siasat aduan pegawai SPRM ada hubungan sulit dengan isteri orang"

Catat Ulasan

Loading...