Loading...

Didenda RM8,000 Gara-Gara Sebar Video Guru Besar

Loading...
Didenda RM8,000 Gara-Gara Sebar Video Guru Besar - Hallo sahabat MALAYSIA DALAM MAKLUMAT, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Didenda RM8,000 Gara-Gara Sebar Video Guru Besar, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel info baru, Artikel kesihatan, Artikel politik, Artikel sosial, Artikel sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Didenda RM8,000 Gara-Gara Sebar Video Guru Besar
link : Didenda RM8,000 Gara-Gara Sebar Video Guru Besar

Baca juga


Didenda RM8,000 Gara-Gara Sebar Video Guru Besar



Tertuduh terpaksa membayar denda RM8,000.

SEREMBAN - Gara-gara menyebarkan video dan memuat naik status di laman Facebook guru besar cuba merasuah bapa pelajar, seorang penganggur terpaksa membayar denda RM8,000 di Mahkamah Sesyen Seremban pagi tadi.

Hakim, Fatiyah Idris menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohamed Mustafa Shaikh Ismail,25, selepas tertuduh membuat pengakuan bersalah di dalam kamar.

Mahkamah turut menetapkan hukuman penjara empat bulan jika gagal menjelaskan denda berkenaan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh yang juga pengerusi sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) telah menyebarkan video dengan kenyataan guru besar Sekolah Kebangsaan Port Dickson cuba memberi rasuah kepada ayah pelajar yang telah dipukul oleh seorang guru sekolah itu di laman Facebook.

Perbuatan itu yang dilakukan pada 17 Julai 2017, jam lebih kurang 11.30 malam, dengan niat untuk menyakitkan hati dan menganiaya, mengugut atau mengganggu orang lain.

Berikutan itu tertuduh telah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Sabit kesalahan denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

Pendakwaan kes dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Noralis Mat, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.




Demikianlah Artikel Didenda RM8,000 Gara-Gara Sebar Video Guru Besar

Sekianlah artikel Didenda RM8,000 Gara-Gara Sebar Video Guru Besar kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Didenda RM8,000 Gara-Gara Sebar Video Guru Besar dengan alamat link https://malaysiadalammaklumat.blogspot.com/2017/10/didenda-rm8000-gara-gara-sebar-video.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Didenda RM8,000 Gara-Gara Sebar Video Guru Besar"

Catat Ulasan

Loading...