Loading...

Zahasmi Ismail Kembali Terajui Kelantan

Loading...
Zahasmi Ismail Kembali Terajui Kelantan - Hallo sahabat MALAYSIA DALAM MAKLUMAT, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Zahasmi Ismail Kembali Terajui Kelantan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel info baru, Artikel kesihatan, Artikel politik, Artikel sosial, Artikel sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Zahasmi Ismail Kembali Terajui Kelantan
link : Zahasmi Ismail Kembali Terajui Kelantan

Baca juga


Zahasmi Ismail Kembali Terajui Kelantan


KELANTAN bakal memberi kepercayaan semula kepada ketua jurulatih, Zahasmi Ismail untuk mengendalikan pasukan tersebut pada aksi peringkat Kumpulan C kempen Piala Malaysia 2017 menentang Kedah di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu malam ini.
Ini berikutan pengarah teknikal skuad The Red Warriors (TRW), Alfredo Gonzales terpaksa direhatkan kerana demam teruk selepas skuad kendaliannya tum­pas tiga kali berturut-turut dalam tempoh seminggu.
Tanpa berselindung, Zahasmi mengakui Kelantan bakal berdepan tugas sukar pada perlawanan itu nanti memandangkan Kedah kini berada pada pres­tasi terbaik ketika ini.
Zahasmi berkata, Kelantan tidak mempunyai pilihan ke­cuali bangkit meraih kemenangan setelah tewas tiga perlawanan berturut-turut termasuk dalam saingan Liga Super.
Menurutnya, hanya kemenangan sahaja yang akan mengembalikan semula keya­kinan para pemain dan penyokong selain menjamin kedudukan terbaik dalam saingan Piala Malaysia musim ini.
“Walaupun tugas sukar, namun kita tidak boleh memberikan laluan mudah kepada Kedah.
“Jadi, saya berharap agar para pemain dapat memberikan aksi terbaik pada perlawanan itu nanti,” kata Zahasmi kepada Kosmo! di Kota Bharu semalam.
Zahasmi memberitahu, walaupun kehilangan khidmat kapten pasukan, Mohd. Badhri Radzi dan Khairul Fahmi Che Mat yang mengalami kecederaan, namun beliau tetap optimis mampu menyediakan pasukan terkuat berdepan Kedah.
Beliau berharap agar para pemain yang diturunkan nanti mampu mendapatkan sekurang-kurangnya satu mata.
“Satu mata itu amat penting buat Kelantan sebagai tonik untuk mengharungi baki saingan Piala Malaysia musim ini,” ujar­nya.
Zahasmi turut berharap barisan pemain TRW tidak memberikan laluan mudah kepada Kedah.
Katanya, walaupun Kedah sebuah pasukan yang kuat itu bukan alasan buat para untuk tidak memberikan persembahan terbaik.
“Saya percaya pemain Kelantan mampu bangkit daripada aksi tidak konsisten ketika ini untuk mendapatkan semula rentak sebenar,” katanya.


Sumber : KOSMO 
Hakcipta terpelihara 


Demikianlah Artikel Zahasmi Ismail Kembali Terajui Kelantan

Sekianlah artikel Zahasmi Ismail Kembali Terajui Kelantan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Zahasmi Ismail Kembali Terajui Kelantan dengan alamat link https://malaysiadalammaklumat.blogspot.com/2017/07/zahasmi-ismail-kembali-terajui-kelantan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Zahasmi Ismail Kembali Terajui Kelantan"

Catat Ulasan

Loading...