Loading...

Zahasmi Beri Amaran Pemain Jangan Lalai Dan Fokus Jika Mahu Menang

Loading...
Zahasmi Beri Amaran Pemain Jangan Lalai Dan Fokus Jika Mahu Menang - Hallo sahabat MALAYSIA DALAM MAKLUMAT, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Zahasmi Beri Amaran Pemain Jangan Lalai Dan Fokus Jika Mahu Menang, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel info baru, Artikel kesihatan, Artikel politik, Artikel sosial, Artikel sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Zahasmi Beri Amaran Pemain Jangan Lalai Dan Fokus Jika Mahu Menang
link : Zahasmi Beri Amaran Pemain Jangan Lalai Dan Fokus Jika Mahu Menang

Baca juga


Zahasmi Beri Amaran Pemain Jangan Lalai Dan Fokus Jika Mahu Menang

JURULATIH Kelantan, Zahasmi Ismail mahu pasukannya meneruskan rentak cemerlang apabila bertemu Melaka United pada aksi kedua Kumpulan C kempen Piala Malaysia di Stadium Hang Jebat, malam ini.

Zahasmi berkata, kemenangan ke atas skuad Sang Kancil sangat penting kerana bukan sahaja dapat mengukuhkan kedudukan The Red Warriors, malah menjarakkan kutipan mata dengan tiga pasukan lain dalam kumpulan tersebut.

Menurutnya, misi mengutip mata penuh tidak mustahil mampu dicapai berdasarkan peningkatan prestasi dipamerkan pasukannya ketika menumpaskan UiTM FC 3-1 pada aksi pembuka tirai kempen itu di Kota Bharu, Selasa lalu.

“Kita bawa semangat kemenangan ke atas UiTM tempoh hari sebagai bekalan terbaik untuk bertemu Melaka kerana saya percaya tiga mata pertama dalam perlawanan sulung itu membantu meningkatkan moral pasukan ini.

“Namun begitu, saya tetap ingatkan semua pemain agar tidak terbuai-buai dengan kemenangan lalu, sebaliknya mereka perlu berusaha keras dan fokus sekiranya mahu menewaskan Melaka, malam esok (ini),” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Pengendali berusia 50 tahun itu jelas menyedari pertemuan menentang Melaka United dalam kempen Piala Malaysia sangat berbeza, apatah lagi lawan kali ini tampil dengan wajah baharu selepas melakukan rombakan pada pintu perpindahan pemain, Jun lalu.

Tambahnya lagi, Kelantan perlu lebih berwaspada memandangkan Melaka United kini mendapat sentuhan jurulatih Portugal, Eduardo Almeida, selain tiga awang import baharu serta pemain tempatan bagi memperkemaskan semula cabaran pasukan itu.

“Walaupun kita pernah berjumpa Melaka pada pusingan pertama Liga Super di Kota Bharu, namun saya tidak boleh kata kita sudah  kenal pasti kekuatan dan kelemahan pasukan itu kerana situasi sekarang adalah berbeza.

“Jadi, bukan satu tugas mudah bermain di Stadium Hang Jebat dan pastinya Kelantan sendiri akan merasai tekanan malam esok (ini) kerana Melaka juga mahu bangkit mencari kemenangan selepas tewas kepada Kedah, pada aksi pertama mereka,” katanya.

Mengulas lanjut persiapan pasukannya, Zahasmi memberitahu, dia berharap semua pemain bebas daripada kecederaan.

“Cuma ada sedikit kebimbangan terhadap kecederaan Morgaro Gomis namun kita akan pantau keadaan dia sehingga hari perlawanan sebelum memutuskan kedudukannya dalam kesebelasan utama pasukan,” katanya.

Sumber : SINAR HARIAN


Demikianlah Artikel Zahasmi Beri Amaran Pemain Jangan Lalai Dan Fokus Jika Mahu Menang

Sekianlah artikel Zahasmi Beri Amaran Pemain Jangan Lalai Dan Fokus Jika Mahu Menang kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Zahasmi Beri Amaran Pemain Jangan Lalai Dan Fokus Jika Mahu Menang dengan alamat link https://malaysiadalammaklumat.blogspot.com/2017/07/zahasmi-beri-amaran-pemain-jangan-lalai.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Zahasmi Beri Amaran Pemain Jangan Lalai Dan Fokus Jika Mahu Menang"

Catat Ulasan

Loading...