Loading...

YAKULT Tetap Berdiri Teguh Di Belakang Kelantan dan Risau Sokongan Penyokong

Loading...
YAKULT Tetap Berdiri Teguh Di Belakang Kelantan dan Risau Sokongan Penyokong - Hallo sahabat MALAYSIA DALAM MAKLUMAT, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul YAKULT Tetap Berdiri Teguh Di Belakang Kelantan dan Risau Sokongan Penyokong, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel info baru, Artikel kesihatan, Artikel politik, Artikel sosial, Artikel sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : YAKULT Tetap Berdiri Teguh Di Belakang Kelantan dan Risau Sokongan Penyokong
link : YAKULT Tetap Berdiri Teguh Di Belakang Kelantan dan Risau Sokongan Penyokong

Baca juga


YAKULT Tetap Berdiri Teguh Di Belakang Kelantan dan Risau Sokongan Penyokong


PENAJA bersama The Red Warriors (TRW), Yakult (M) Sdn Bhd (Yakult) akan terus menyokong pasukan pantai timur itu walaupun berdepan prestasi tidak menentu dalam saingan Liga Super dan kempen Piala Malaysia, musim ini, lapor MAZRAM IDZAM RIDZAL MAHMUD.

Pengarah Urusannya, Hiroshi Hamada berkata, sebagai salah satu penaja TRW, tiada istilah mengaku kalah untuk Yakult dalam memberikan sokongan kepada pasukan itu.

“Saya hanya bimbang tentang (sokongan) penyokong sahaja, namun Yakult sebagai penaja, kami akan berdiri teguh di belakang pasukan Kelantan walaupun berada dalam situasi sukar sekarang.    

“Malah Yakult akan terus kekal memberikan komitmen tinggi menyokong bola sepak Kelantan bukan hanya pada musim ini tetapi juga untuk tahun depan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Rumah Terbuka ‘Sesuci Lebaran’ Yakult bersama Pertubuhan Kebajikan  Anak-Anak Yatim Kelantan di Kota Bharu, semalam.

Hadir sama, Pemangku Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Datuk Seri Afandi Hamzah, naib presiden, Datuk Muhammad Nasir Hamzah serta pemain dan barisan kejurulatihan pasukan Kelantan.  

Pada majlis tersebut, Hamada turut memberi sumbangan duit raya kepada anak-anak yatim selain menyampaikan baucar tunai RM2,000 untuk pertubuhan berkenaan.

Dalam pada itu, Hamada memberitahu, selaku pengeluar minuman susu kultur probiotik terkenal di negara ini, pihaknya akan meneruskan tanggungjawab sosial korporat dengan mengagihkan kasut bola percuma kepada sekolah terpilih di Kelantan, pada tahun ini.

Sumber : SINAR HARIAN


Demikianlah Artikel YAKULT Tetap Berdiri Teguh Di Belakang Kelantan dan Risau Sokongan Penyokong

Sekianlah artikel YAKULT Tetap Berdiri Teguh Di Belakang Kelantan dan Risau Sokongan Penyokong kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel YAKULT Tetap Berdiri Teguh Di Belakang Kelantan dan Risau Sokongan Penyokong dengan alamat link https://malaysiadalammaklumat.blogspot.com/2017/07/yakult-tetap-berdiri-teguh-di-belakang.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "YAKULT Tetap Berdiri Teguh Di Belakang Kelantan dan Risau Sokongan Penyokong"

Catat Ulasan

Loading...