Loading...

[VIDEO] : Insiden Ngeri Yang Menyebabkan Safee Sali Dapat Cedera Teruk Keretakan Tulang

Loading...
[VIDEO] : Insiden Ngeri Yang Menyebabkan Safee Sali Dapat Cedera Teruk Keretakan Tulang - Hallo sahabat MALAYSIA DALAM MAKLUMAT, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul [VIDEO] : Insiden Ngeri Yang Menyebabkan Safee Sali Dapat Cedera Teruk Keretakan Tulang, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel info baru, Artikel kesihatan, Artikel politik, Artikel sosial, Artikel sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : [VIDEO] : Insiden Ngeri Yang Menyebabkan Safee Sali Dapat Cedera Teruk Keretakan Tulang
link : [VIDEO] : Insiden Ngeri Yang Menyebabkan Safee Sali Dapat Cedera Teruk Keretakan Tulang

Baca juga


[VIDEO] : Insiden Ngeri Yang Menyebabkan Safee Sali Dapat Cedera Teruk Keretakan Tulang


HAJAT PKNS untuk meneruskan perjuangan keluar daripada zon penyingkiran Liga Super terencat apabila ayam tambatan, Safee Sali disahkan bakal tersisih selama dua sehingga tiga bulan.

Semuanya gara-gara keretakan tulang selangka yang dialami pada perlawanan menentang Melaka di Stadium Shah Alam pada Sabtu.

Ketiadaan Safee pasti beri tamparan hebat kepada E.Elavarasan ditambah kehambaran prestasi penyerang import, Patrick Ronaldinho bagi harungi aksi Liga Malaysia musim ini.

Kecederaan dialami Safee disahkan oleh Elavarasan yang akui penyerang kebangsaan itu perlu berehat sekurang-kurangnya enam minggu dan hanya boleh jalani latihan selepas dua bulan.

"Safee nampaknya terpaksa berehat panjang apabila laporan perubatan sahkan dia alami keretakan pada tulang serangkanya.

"Dia akan jalani pembedahan memasukkan besi tidak lama lagi dan daripada situ dia terpaksa lupakan semua aksi pada bulan Julai ini.

"Kita harap selepas liga berehat Ogos ini, dia boleh bermain pada awal atau pertengahan September nanti kerana pasukan amat perlukan khidmatnya bagi harungi baki jadual liga, " katanya.

Safee menjadi penjaring gol penyamaan PKNS melalui sepakan penalti pada perlawanan menentang Melaka di Stadium Shah Alam yang menyaksikan kedua-dua pasukan terikat 1-1.

Dia alami kecederaan itu pada minit 72 sebaik gagal lakukan lipatan dengan baik dalam kotak penalti yang menyebabkan tulang selangkanya mendapat keretakan.

Ketiadaan Safee pasti memeningkan Elavarasan memandangkan situasi PKNS kini berada di tangga ke-10 malah hanya dibezakan perbezaan jaringan dengan pasukan di tempat ke-11, Melaka.

Pilihan yang tinggal buat PKNS di jentera serangan selain Patrick Ronaldinho ialah bekas penyerang Sarawak dan PDRM, Bobby Gonzales manakala Khyril Muhymeen juga mampu bertindak selaku penyerang sokongan.

Sumber : MSTAR



Demikianlah Artikel [VIDEO] : Insiden Ngeri Yang Menyebabkan Safee Sali Dapat Cedera Teruk Keretakan Tulang

Sekianlah artikel [VIDEO] : Insiden Ngeri Yang Menyebabkan Safee Sali Dapat Cedera Teruk Keretakan Tulang kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel [VIDEO] : Insiden Ngeri Yang Menyebabkan Safee Sali Dapat Cedera Teruk Keretakan Tulang dengan alamat link https://malaysiadalammaklumat.blogspot.com/2017/07/video-insiden-ngeri-yang-menyebabkan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "[VIDEO] : Insiden Ngeri Yang Menyebabkan Safee Sali Dapat Cedera Teruk Keretakan Tulang"

Catat Ulasan

Loading...