Loading...

"Sudah Lama Berdiam Diri, Pahang Menjadi Mangsa (Pengadil) Dalam Banyak perlawanan, Adakah Semua Sudah Diatur?" - Dollah Salleh

Loading...
"Sudah Lama Berdiam Diri, Pahang Menjadi Mangsa (Pengadil) Dalam Banyak perlawanan, Adakah Semua Sudah Diatur?" - Dollah Salleh - Hallo sahabat MALAYSIA DALAM MAKLUMAT, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul "Sudah Lama Berdiam Diri, Pahang Menjadi Mangsa (Pengadil) Dalam Banyak perlawanan, Adakah Semua Sudah Diatur?" - Dollah Salleh, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel info baru, Artikel kesihatan, Artikel politik, Artikel sosial, Artikel sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : "Sudah Lama Berdiam Diri, Pahang Menjadi Mangsa (Pengadil) Dalam Banyak perlawanan, Adakah Semua Sudah Diatur?" - Dollah Salleh
link : "Sudah Lama Berdiam Diri, Pahang Menjadi Mangsa (Pengadil) Dalam Banyak perlawanan, Adakah Semua Sudah Diatur?" - Dollah Salleh

Baca juga


"Sudah Lama Berdiam Diri, Pahang Menjadi Mangsa (Pengadil) Dalam Banyak perlawanan, Adakah Semua Sudah Diatur?" - Dollah Salleh




MARAN: Pengendali skuad Pahang, Dollah Salleh mengkritik mutu pengadilan yang disifatkan berat sebelah ketika pasukannya tewas 2-1 di tangan FELDA United dalam saingan Liga Super di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka, malam tadi.  

Dollah berkata, dia merasakan pengadil bertugas Mohammad Zamzaidi Katimin sebagai tidak tahu undang-undang perlawanan selepas menghadiahkan sepakan penalti kepada The Fighters pada minit ke-88. 

Katanya, beliau kecewa apabila kekasaran terhadap pemain import mereka, Mohamadou Sumareh di dalam kotak penalti yang jelas melayakkan Pahang memperoleh sepakan penalti tidak dilayan pengadil berkenaan. 

"Saya memang kecewa dan sangat tidak puas hati dengan apa yang berlaku ... mereka (pemain) sudah memberikan persembahan terbaik, tapi pengadil yang membunuh semangat kami.  

"Banyak keputusan dibuatnya sepanjang perlawanan sangat menghampakan saya dan pemain... saya sudah lama berdiam diri, kami (Pahang) seolah-olah menjadi mangsa dalam banyak perlawanan sebelum ini pun... adakah semua (keputusan) sudah diatur? 

"Banyak kali kami dilayan seperti ini, " katanya pada sidang media selepas perlawanan itu. Mengenai keputusan pengadil menghadiahkan sepakan penalti kepada FELDA United, Dollah berkata, pengadil jelas tidak faham posisi 'ball to the hand' yang dilakukan pemain The Fighters ketika situasi kelam-kabut di hadapan pintu gol Tok Gajah pada minit ke-88.  

"Itulah yang saya katakan tadi... dia (pengadil) ini faham atau tidak (undang-undang)... kita boleh nampak ia adalah situasi 'ball to the hand'... bukan pemain pertahanan kami sengaja memegang bola. 

"Kenapa apabila pemain kami meminta sepakan penalti ketika Sumareh dikasari dengan jelas dalam kotak penalti mereka (FELDA United), dia buat tidak tahu... semua orang nampak (kekasaran)," katanya. 

Ketika ditanya mengenai kemungkinan dia bakal berdepan tindakan daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kerana mengkritik keputusan pengadil perlawanan, Dollah berkata, dia hanya mahu melihat mutu bola sepak dan pengadilan yang lebih baik. 

"Saya hanya mahu lihat sukan (bola sepak) ini terus diminati kerana kualiti permainan dan pengadilan yang terbaik... ini untuk masa depan bola sepak negara.  

"Kasihan kepada penonton yang sanggup datang ke stadium, membayar tiket dan berharap menonton perlawanan yang menghiburkan... tapi, jika beginilah mutu (pengadilan), saya pasti mereka (penonton) juga kecewa.  

"Saya tahu peluang kita untuk mengejar pendahulu (Liga Super) ketika ini (Johor Darul Ta'zim) sangat berat... tapi, kami akan cuba bangkit dalam aksi seterusnya," katanya.

Sumber : BERITA HARIAN


Demikianlah Artikel "Sudah Lama Berdiam Diri, Pahang Menjadi Mangsa (Pengadil) Dalam Banyak perlawanan, Adakah Semua Sudah Diatur?" - Dollah Salleh

Sekianlah artikel "Sudah Lama Berdiam Diri, Pahang Menjadi Mangsa (Pengadil) Dalam Banyak perlawanan, Adakah Semua Sudah Diatur?" - Dollah Salleh kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel "Sudah Lama Berdiam Diri, Pahang Menjadi Mangsa (Pengadil) Dalam Banyak perlawanan, Adakah Semua Sudah Diatur?" - Dollah Salleh dengan alamat link https://malaysiadalammaklumat.blogspot.com/2017/07/sudah-lama-berdiam-diri-pahang-menjadi.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to ""Sudah Lama Berdiam Diri, Pahang Menjadi Mangsa (Pengadil) Dalam Banyak perlawanan, Adakah Semua Sudah Diatur?" - Dollah Salleh"

Catat Ulasan

Loading...