Loading...

Respon Exco Sukan Mengenai Insiden Bumbung Stadium Terbang dan Anggaran Kos Baik Pulih

Loading...
Respon Exco Sukan Mengenai Insiden Bumbung Stadium Terbang dan Anggaran Kos Baik Pulih - Hallo sahabat MALAYSIA DALAM MAKLUMAT, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Respon Exco Sukan Mengenai Insiden Bumbung Stadium Terbang dan Anggaran Kos Baik Pulih, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel info baru, Artikel kesihatan, Artikel politik, Artikel sosial, Artikel sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Respon Exco Sukan Mengenai Insiden Bumbung Stadium Terbang dan Anggaran Kos Baik Pulih
link : Respon Exco Sukan Mengenai Insiden Bumbung Stadium Terbang dan Anggaran Kos Baik Pulih

Baca juga


Respon Exco Sukan Mengenai Insiden Bumbung Stadium Terbang dan Anggaran Kos Baik Pulih

Kuala Lumpur: Insiden bumbung terbang ketika perlawanan persahabatan antarabangsa skuad bawah 22 tahun negara (B-22) dengan Myanmar B-22 di Stadium Shah Alam kelmarin menimbulkan persoalan mengenai tahap persediaan venue itu bagi penganjuran Sukan SEA 2017 Kuala Lumpur, bulan depan.
Penonton dan pemain dikejutkan dengan serpihan bumbung stadium yang pecah akibat angin kuat sehingga memaksa perlawanan dihentikan selama tiga minit pada minit ke-37.
Meskipun tiada insiden tidak diingini berlaku ke atas mereka yang hadir di stadium kelmarin namun Exco Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan Negeri Selangor Amirudin Shari memandang serius masalah itu.
Beliau yang meninjau keadaan terkini stadium memberi jaminan masalah bumbung stadium bocor itu akan diatasi segera menerusi anggaran kos baik pulih sehingga RM600,000 selepas perbincangan dengan pihak pengurusan stadium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).
“Stadium itu sudah berusia lebih 20 tahun, sewajarnya dibaik pulih, memang kita sudah ganti kawasan bumbung yang kosong lebih kurang 1,000 keping sebelum ini tapi malangnya ada kawasan baru yang berlubang malam tadi (kelmarin), pecah terbang ke kawasan tempat duduk penonton dan ke atas padang sehingga menyebabkan perlawanan tertangguh.
“Apa yang berlaku amat minimum walaupun permainan dihentikan seketika tapi kita tak pandang mudah. Kita akan lihat kos baik pulih tapi saya rasa lebih kurang RM500,000 hingga RM600,000.
“Kita cuba secepat mungkin untuk membaiki bahagian bumbung ini kerana ia penting terutama di bahagian lampu yang sudah dinaik taraf,” katanya yang turut memohon penganjur Sukan SEA 2017 Kuala Lumpur, Kementerian Belia dan Sukan dapat membantu dari segi kewangan bagi tujuan baik pulih ini.
Stadium Shah Alam yang mempunyai kapasiti 80,000 penonton ini bakal menjadi venue Kumpulan A Sukan SEA, membabitkan Malaysia, Myanmar, Singapura, Laos dan Brunei.
Selain masalah bumbung, hujan lebat kelmarin menyebabkan beberapa kawasan padang ditakungi air, bagaimanapun perlawanan tetap diteruskan dengan skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee mencatat kemenangan 2-0.
“Kita pernah jadi tuan rumah dua perlawanan akhir Piala Malaysia dan Piala FA dalam tempoh dua tahun ini. 

Perlawanan akhir Piala Malaysia berlangsung dalam hujan, tapi masih boleh diteruskan namun pihak pengurusan akan ambil langkah segera bagi memastikan stadium ini boleh digunakan untuk Sukan SEA,” kata Amirudin.

Sumber : Harian Metro


Demikianlah Artikel Respon Exco Sukan Mengenai Insiden Bumbung Stadium Terbang dan Anggaran Kos Baik Pulih

Sekianlah artikel Respon Exco Sukan Mengenai Insiden Bumbung Stadium Terbang dan Anggaran Kos Baik Pulih kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Respon Exco Sukan Mengenai Insiden Bumbung Stadium Terbang dan Anggaran Kos Baik Pulih dengan alamat link https://malaysiadalammaklumat.blogspot.com/2017/07/respon-exco-sukan-mengenai-insiden.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Respon Exco Sukan Mengenai Insiden Bumbung Stadium Terbang dan Anggaran Kos Baik Pulih"

Catat Ulasan

Loading...